Photobucket

Friday

cerapan akal dan mata hati

hari seterusnya dilalui lagi.begitu yakin sang insan bahawa besok mereka masih boleh menghirup udara dunia.semalam ditinggalkan tanpa ditutupi oleh selembar muhasabah,lantas berani sahaja meyakini besok masih ada.
jasad yang masih berkesempatan melihat perjalanan dunia,kecamukan sang manusia yang mendiaminya,tidak pernah sunyi membiarkan minda terus berfikir dan mencipta soalan.merasai kaki melangkah,tersedar akan keupayaan yang tidakkan mampu tanpa pemberiannya.melihat dihadapan,pandangan yang masih cerah,tersedar akan nikmatnya.lantas hati tidak mampu bersembunyi " Maha Suci Tuhanku Allah,sungguh nikmatMU tak terhitung,namun sejauh mana diri ini mampu menggunakannya di jalan yang Kau redahi" pendengaran yang peka dengan segala suara2 makhluknya,menyedari pemberianNYA masih tidak putus.lantas wajarkah kita melupai Sang Pemberi Nikmat.
ditelusuri lagi hari2 yang diizinkanNYA.sentiasa berusrah sang hati,bersoal jawab dengan si minda,si nafsuh sering gelojoh ingin mengelak,si syaitan sering mengajak berhenti.namun hati yang punya sekelumit rasa sang hamba, sering sahaja mengetarkan walau sedikit tangkai hati akan sementaranya perjalanannya.
Kehidupan kampus?terlalu sempit skop pemikiran jika hanya dilihat kehidupan dari sudut itu.sering minda mengambil peluang,melihat segala perilaku manusia,mereka berjalan,adakah dihati mereka punya nama Allah? lantas diri menyelinap lagi keruangan hati yang dalam.engakau ada? tersentak lagi.
melihat kesibukan setiap insan,lantas minda bertanya lagi,adakah apa yang dikerjakan hari ini membuahkan hasil diladang akhirat nanti? jesteru mereka termotivasi atas dasar apa?mungkin bagi mereka yang punya iman,yang punya dasar aqidah,sudah maklum akan kehidupan akhirat,sedang kehidupan dunia sementara cuma.dan apa yang dikerjakan pada hari ini adlah bekalan semata untuk dibawa kedestinasi seterusnya.
bagaimana mereka? mereka yang tidak mengenal Allah?bukan tidak diberitakan ayat2NYA namun masih enggan mengakui kebenarnnya.apa yang difikirkan oleh mereka,dan apa yang menjadi pegangan mereka?berseronok tanpa batas,puaskah? tidak kah terfikir,setelah senang datang pula susah,selepas susah berkitar lagi senangnya.
seorang kawan non-muslim meluah disuatu petang "sy selalu berfikir,pasti ada yang menciptakan langit tanpa tiang ini,dan sy percaya isa itu bukan tuhan,sy tidak berani mengakui seperti yang diakui oleh sesetengah mazhab"
terjentik rasa simpati dalam hati, "Allah sungguh hidayah itu milikMU,biarpun sejauh mana kajian mereka yang ingin mencariMU namun jika belum Kau izinkan pasti tidak juga mereka temui kebenarannya"
"sy teringin mencari kitab bible yang asal.sy nak tahu ajaran sebenar yang nabi isa bawa"
sayang hasrat hendak membawa sahabat ini berdiskusi dengan seorang yang arif dalam hal ini,tinggal mengjadi satu perancangan semata tatkala mendapat mesej terakhirnya...
"sy tak tahan,kwn2 semua tak memahami.sy tak boleh teruskan"
akhirnya apa yg diberitakan oleh sahabat ini,benar dilaksanakannya,meninggalkan alam kampus menerokai hidup diluar yang pada pandangannya lebih selesa.
rupanya belum cukup matang lagi minda melihat suatu masalah.namun hidup ini cukup memberi satu pengajaran yang berguna untuk hari seterusnya.

Saturday

kerajaan diri

...Kerajaan sebuah minda...

Luasnya bergantung saujana pandangannya,dalamanya bergantung sejauh mana penelitiannya.Dari pemikiran,terbinalah suatu pemahaman,pemahaman yang menjadi "mind-setting" seorang insan dalam mentafsir makna kehidupan sama ada dari sudut negatif mahupun positif.

...Kerajaan sebuah hati...

Letaknya sebuah cinta,yang posisinya mampu mengarah jentera tubuh melaksana sebuah perintah.Bak kata kekasih Allah,Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W,"didalam jasad terdapat seketul daging,yang apabila baik maka baiklah seluruhnya,apabila buruk maka rosak lah seluruhnya" itulahla dia kerajaan hati.
Di dalam hati letaknya sebuah cinta,yang kurnianya dari pencipta cinta teragung.sungguh hebat kejadiannya namun sebilangan ummat lupa akan yang menciptakannya.Atas kurniaanya cinta,segumpal permata iman menyinari qalbu insan.Perjalanan rohani cinta mencari suatu kuasa yang secocok dengannya,maka lahirlah bait2 cinta para kekasih Allah "Ya tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu,termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu" sepotong kata Rasulullah S.A.W(hadis riwayat Tirmidzi)
Sering ditafsir cinta hanya sesama insani,namun jarang sekali digali rasa cinta kepada al-khalik.Panca indra yang dikurniakan sudah cukup mengambarkan cinta sang Khalik.Minda yang beroperasi begitu kompleks dalam menelusuri sebuah penafsiran,dirasa perjalanan sebuah pencarian minda,namun kadang tidak terungkap sesuatu yang tergambar.keunikan minda antara pancaindra yang sungguh istimewa.
"akal tidak boleh mengatasi wahyu"
jesteru,suluhlah penglihatan minda dengan biasan cahaya iman dihati,sudah diilhamkan sama ada memilih yang fasik mahupun ketakwaan,maka asuhla nafus,pandulah minda untuk memilih ketakwaan.

p/s:mukadimah-sebilangannya dipetik dari sumber:"kisah cinta dalam Al-Quran"