Photobucket

Friday

sebatang pen yang tidak berdakwat

bersemangatnya hendak mencoret kertas putih bersih itu.ingin dicoret segala kefahaman yang baru digarap.alhamdulillah.pantas tangan mengambil pen tercantik antara pen2 yang ada pada gelas pen,hatinya sungguh berkobar,semarak semangat yang timbul ketika menatap nota slideshownya...dia memilih pen biru,rasa selesa,lekat pada tangan,kiranya dia pasti merasa lebih teruja dan seronok dengan adanya pen yang boleh mendakwatkan fikirannya di kertas putih itu.dibuka penutupnya pantas,tidak sabar rasanya...dilekat mata pena pada kertas itu...rancak dia menulis...menulis dan terus menulis...tiba2 tulisannya semakin kabur,kabur dan kemudiannya tiada sama sekali...dia terhenti...melihat mata penanya...diketuk beberapa kali,dan cuba dicoretkan lagi...berulang2 kali dia cuba berbuat demikian,namun hampa dakwat pen itu sudah habis,dia tergendala...semangatnya yang berkobar2 bagai disimbah dengan air yang panas,padam tapi hangat.hatinya sedikit panas,rasanya itu sudah kali keberapa kali dia membeli pen berdakwat sama...dia terhenti seketika...meneliti pen itu...tergendala coretan notanya....

di imbas kembali sewaktu pertama kali membeli pen itu.dia berkali2 mencuba dakwat yang ada.memastikan bahawa pen itu benar2 berisi penuh agar tidak mudah habis dan mengendalakan tugasannya.dia amati...dan terus amati...rupanya...

manusia boleh sahaja mengaggak.walau berulang2 kali kerja pemerhatian dilakukan untuk memastikan tiada sebarang masalah berlaku,namun di suatu masa pada satu keadaan tetap sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku.boleh sahaja kita merancang bukan.seperti si pen itu.lancar sahaja dakwatnya ketika pertama kali dibeli.dan si tuan pemilik pen juga begitu yakin,pasti pen ini akan bertahan.melihat bentuknya yang tiada cacat cela,masih baru dan kemas bikinannya,pasti menjanjikkan kepuasan pemiliknya.namun tiba tempoh masa tertentu, dakwat itu habis,tapi bukan dalam jangkaannya,kalau dijangka pun mungkin lebih dari itu,tapi sayang rupanya habis diluar tempoh jangkaan,bahkan lebih cepat daripada itu.

saluran dakwat pen yang bagaikan penuh jika dilihat dari luar,cukup meyakinkan si pembeli.wah! pen ini mesti boleh bertahan lama...terlupa dia,ada yang mendengar,ada yang memerhati,walau gerakkan itu hanya sedikit,walau seremeh mana sekalipun.

uncertainty...akhirnya ahli ekonomi mengakui adanya keadaan diluar jangkaan apa yang di rancang dan dijangka...Gharar sama istilahnya dengan uncertainty,istilah famous yang telah lama diguna pakai dalam sistem perakaunan islam...Rasulullah juga ada menyebut...jangan kamu perdagangkan sesuatu yang tidak jelas pada penglihatan si pembeli yang ikhlas (insyaalah lebih kurang begitu maksudnya) apa lagi yang kita boleh kaitkan dengan istilah ketidak pastian...banyak,sungguh banyak...kehidupan ini juga banyak sungguh ketidakpastiannya.jangan segan silu menerobos tangapan minda pada istilah uncertainty ini/ketidakpastian ini...pasti jelas pada amatan kita semua apa yang cuba dibawa oleh istilah ketidakpastian ini.

walau sekecil2 mana pun tindakan itu,ada selitan2 hikmah keagungganNYA.cuba melihat kehidupan dengan pandangan mata hati yang terus dikaitkan dengan keberadaan kita sebagai hamba dan keberadaan Allah sebagai tuhan yang menciptakan.boleh sahaja kita bermuhasabah dalam setiap waktu,namun kadang,malas fikiran hendak melayan yang baginya remeh.bagaimana tidak remehnya,jika hak2 Allah juga sering diremeh2kan...

pen sebatang yang tidak berdakwat,menyimpan seribu hikmah andai diteliti dan diamati dengan lebih dalam.melihat bukan melihat bukan sekadar itu adalah pen berwarna biru,namun melihat itu adalah kehidupan,yang ditadbir oleh Allah yang memiliki segala kerajaan,sedang diri hanyalah hamba.

ujian berformat

exam???...alhamdulillah diberi peluang untuk menghadapi lagi exam kali ini.bagaimana agaknya usaha yang cuba digemblengkan untuk meraih sebuku rasa puas sebuah kejayaan???

apabila melawat ke blog2 sahabat,isu hangat lagi semasa...exam!!! semuanya memberi respon berkenaan dengan exam.mungkin ada dianatara kita yang gentar menghadapinya,melihatkan prestasi lepas yang agak kurang menyenangkan,jestru menghadapi lagi untuk kali seterusnya,keyakinan yang sedikit kurang menjadi faktor kepada kegentaran untuk menghadapinya.

dalam situasi exam ini,terutamanya di awal minggu study week,tidak putus2 mesej pemberi semangat daripada sahabat2...wahai sahabat sungguh mulus hatimu,ingat sungguh kalian pada sahabat2 lain,walaupun kengkadang hati kalian juga ada sekelumit rasa gentar pada exam kali ini.namun kebersamaan dalam setiap perkara membuatkan kalian lebih kuat dan lebih bersemangat.

dan,dalam situasi exam ini juga,ada yang menumpu seratus pratus pada study.berentetan jadual studynya...siap terpampang jelas jadual study di depan meja belajar,di samping2nya pula dicalit sedikit kata2 semangat,siap ditampal gamabr2 wajah ibu ayah,sebagai peringatan,pengorbanan mereka bukannya sedikit,jestru dia harus lebih berusaha untuk menghadiahkan mereka kejayaan ini.

namun jangan kita lupa,walau setumpu mana kita pada kerahan ini,ajal itu tetap semakin hampir dengan kita.jangan dikurangkan amalan2 yang menjadi rutin sebelum ini,bahkan tambahkan lah lagi,kerana hadiah kejayaan itu bukannya bisa kau bawa ke alam kubur sana.melainkan keikhlasan dalam membantu sahabat dalam proses pembelajaran,syukur yang tidak putus atas kemudahan juga kefahaman yang Allah beri dalam tempoh pembelajaran,juga masa2 yang dikurniakan sepanjang tempoh pembelajaran.

jangan jadikan kerahan yang menekan ini sebagai alasan kita untuk mengurangkan sedikit amalan2 yang menjadi rutin kita sebelum ini.solat sunat dikurangkan,takut masa study tidak cukup.Dhuha ditinggalkan,kerana waktu itu ilmu mudah masuk.zikir juga pujian dikurangkan selepas solat,takut kefahaman yang baru diterima hilang,jesteru perlu segera selesai untuk membuat letihan lebih.khusyku tidak dihirau,kerana memikirkan soalan tadi masih tiada jawapan...alahai manusia,mudah benar kita bersikap zalim pada Tuhan,berani sungguh...

moga hari2 exam ini adalah seperti hari2 biasa kita.bagaimana kita melihat hari2 itu adalah ujian,maka hari2 exam ini juga adalah ujian.ujian untuk apa agaknya??? sekiranya kita amati,hanya satu sebenarnya,adakah kita mensyukuri nikmatNYA? adakah ingatan kita tertuju terus kepadaNYA? adakah taat kita semakin bertambah padaNYA? jika diteliti,seberat mana ujian itu,tidak lain dan tidak bukan hanya menguji kerana kita adalah makhlukNYA...

suka saya memetik bait kata2 Rabi'atul al-Adawiyyah yang cuba digandingkan antara ikhlas juga ujian:

"ikhlas itu,bilamana ditimpa satu ujian,kita lupa akan ujian itu melainkan ingat padaNYA semata,seperti mana lupanya wanita2 mesir bahawa tangan mereka telah luka akibat melihat kecantikan wajah Yusuf yang sungguh mempesonakan"

dan,bila mana kita peroleh sesuatu ,jangan mudah membenarkan fikiran juga hati menerawang terbang ingin mendapat pujian,kononnya bijak sungguh juga hebat sungguh aku hingga peroleh ini,itu..ini itu dan ini,aduhai lagi zalim kita.walhal itu semua daripada DIA.seharusnya nikmat2 itu semkin menambah ketaatn kita padaNYA,kerana tetap sahaja Dia memberi kurnia walaupun baru sebentar tadi kita lupa padaNYA.perlu ditebalkan rasa malu itu,kerana kita hanya menggunakan sedang yang memberi kudrat,keinginan dan segala2 proses rasa untuk menikmati suatu nikmat itu juga adalah atas pemberian juga izinnya DIA...alangkah lemahnya kita,alangakh kosongnya kita...dan sekali lagi suka saya memetik kata2 dari buku Mencintai Allah,imam Sheik Mutawally Assya'rawi

"jika kamu peroleh sesuatu itu bukanlah kerana kamu layak mahupun berhak keatasnya,melainkan sebagai tanda kekuasaan juga anugerah daripadaNYA"

insyaalah kita cuba manfaatkan setiap detik dalam mensyukuri nikmatNYA sekaligus menambah ketaatan padaNYA.sesungguhnya dalam kekalutan kita ini,Dia tahu kita amat perlukan segala semangat,kerajinan,tumpuan,kemudahafahaman dan segala2nya yang kita rasa perlu dalam menghadapi situasi ini...Dia sentiasa tahu,malu rasanya untuk meminta...maka ekspresikan melalui ketaatan kita...insyaalah...

salam mujahada juga salam muhasabah dalam setiap detik perbuatan...


Thursday

bicara mereka 3

Lautan yang kadang permukaannya tenang dari kejahuan,sesekali bergelora ditiup angin yang sedikit mengganas dari pelbagai arah.ketenangan tasik nan indah yang terpelusuk di pinggir hutan,juga sesekali berkocak membentuk gelombang yang asalnya kecil kemudian menjadi besar...besar dan kemudiannya semakin kurang gelombangnya lantaran bertembung dengan kawasan yang semakin tenang.begitu indah percaturan setiap kejadian yang dijadikan tuhan...di setiap sudut juga pelosok dunia,bahkan di bawah mahupun di atasnya,juga ditepi ,disisi,nun jauh disana dan dimana2,pasti perancanganNYA sudah siap diatur.dan tidak terkecuali pengembaraan kedua salik yang terpatri persahabatan yang cukup mulus dalam menerobos segala ruang menuju hakikat kewujudan mereka di dunia ini.Al-Khalaik yang sering memerhati,mendengar dan sentiasa mengawasi hati,sanubari,akal,jiwa,juga fikiran mereka,maklum akan untaian kalimah "cinta Illahi" yang sering mereka bicarakan,yang sering membunga di pada lisan mereka.lantas diperjalanan itu,Dia menguji sedikit pegertia mereka akan "cinta illahi" itu sendiri.

Seperti biasa,paginya cuba dinikmati dengan merasa kelazatan fajar yang menyinsing.laungan zikir dikumandangkan dan teman sebiliknya tidak ketinggalan menghiasi pagi dengan alunan meredu bacaan qurannya.mereka tenggelam dalam kesyahduan sisa subuh yang semakin luput menuju waktu Dhuha.rutinya diteruskan dengan khidmat diri.seperti selalu ia,ceria dalam ketenangan,zikir itu cukup masuk dalam lubuk hatinya.di setiap langkah kakinya,pesan insan yang cukup dihormatinya tidak pernah dilupakkan.

"orang yang sentiasa berzikir,Allah berkati setiap pekerjaannya,bahkan tanah juga akan memberi salam kepadanya.tapi paluannya kena keras,bagi hati jaga,baca pelan,lembut...kurang masuk,sebab hati kita masih keras"

sedikit bait yang dicantumkan dari barisan ribuan ayat yang diterima dari mulut Tuan Guru sendiri mahupun orang2 teredekat beliau.hanyut seketika jiwanya dengan kemanisan suluk.teringat lagi akan dia sahabatnya.namun dia sedikit bimbang,rasa itu melebihi rasa yang sepatutnya diberikan dahulu kepada Tuhannya.dia menepis sedikit rona2 jiwa itu.dia harus khusyuk,harus sentiasa sedar akan kalimah ALLAH.

selesai khidmat diri,seperti biasa,suka dia melihat hand setnya.sedikit kecewa,tiada sebarang mesej.ternanti2 mesej sahabat kesayangannya itu.ingin benar dia mendengar ilmu baru yang sahabatnya peroleh di rumah suluk itu.dia bersabar,cuba senyum gamitan rasa itu.namun sering ia awasi,rasa itu tidak melalaikan ingatannya pada Tuhan mereka.kehadiran sahabatnya itu memberi kesan yang cukup besar kepada perjalanan saliknya.punya teman dalam mengaggungkan tuhan mereka,punya teman yang sering mengingatkan minda yang suka menerawang memikirkan hal2 dunia,punya teman untuk bicara soal hati yang bagaimana perlu untuk menuju Khalik mereka.Dia cukup bersyukur dikurniakan nikmat yang tidak terhitung itu.

jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 9am.sudah tibanya wakut Dhuha.dicapainya kain solatnya,tiba2 hand setnya berbunyi...calling!!!

dia sedikit teruja!!! sahabatnya.lantas dia berbisik..."bijak sungguh kau ya syaitan,pandai benar kau cuba menghasut aku!!!" dimarahi ia akan bisikan2 halus difikirannya.dicapai juga hand setnya...

"enti,ana baru keluar suluk.sedihnya,berat hati nak tinggalkan..."

dia terkejut,dilihatnya kalender dihadapanya...baru dia teringat,hari itu,jumaat.sahabatnya akan keluar suluk pada hari itu,menerima lagi taklifan baru dari Allah nun jauh di Terengganu sana.entah mengapa dia dapat merasakan sedih yang dirasa oleh sahabatnya itu.dari bicaranya,dapat dikesan sendunya.sahabatnya sudah berada di stesen bas ingin pulang kekampungnya.ada sesuatu yang cuba diluahkan oleh sahabatnya itu,namun terhenti serta merta kerana basnya telah tiba.

"tak sesuai nak bagitau sekarang.tak pe la enti,lagipun bas ana dah sampai.insyaalah sat lag kita sambung na..."

sedikit dia merasa risau setelah mendengar keluhan sahabatnya itu tadi.namun cuba dia menasihati dirinya.dia perlu menghadap Allah,tuhan yang mengurniakan persahabatn ini,jestru dia perlu mengutamakanNYA.cuba ditepis seketika kerisauan itu,jauh di pinggir hati.sempat dia mengirim mesej " insyaalah...tapi kul 9.30am boleh,ana ada hal sikit na..." kemudian disilentkan hand setnya,dan di sembunyikan di sebalik lipatan kain.enggan membuatkan benda itu menganggu waktu kebersamaan dengan tuhanNYA.sempat singgah satu mesej,namun dia abaikan.

selesai pengabdiannya,dia mencapai semula hand setnya...mesej baru dari sahabatnya...

"kenapa enti tak terus terang"

dia tersentak dengan nada mesej itu.cuba dia bersikap tenang,dipaksa senyumannya.namun dia merasa tawar sendiri.cepat dia membuang jauh andaian buruknya.

lalang disepetang hari yang redup,dengan jalur merah semakin jelas kelihatan didada langit,menari2 di hembus bayu petang.indah pada pandangan manusia,namun mungkin sukar bagi si lalang untuk bertahan dengan pukul bertubi2 sang angin,sedang si kumbang yang berpaut pada permukaan luas si lalang,hanya pasrah diterbangkan angin,si lalang mana mungkin mampu berbuat apa2,lantaran kudratnya untuk mengimbangi dirinya sahajapun sudah separuh mati ia bertahan.ujiannya,bukan pada manusia semata,semua khidupan yang diciptakanNYA,punya ujian2 tersendiri dalam mengharungi kehidupan ini.dan si kedua salik itu,bermulahlah ujian keeratan,persahabatan,keyakinan akan kalimahNYA,terus dalam ketaatan dan segala yang bersangkut paut pada hidup seorang hamba.

ada cerita disebalik cerita,ada derita disebalik derita,juga ada derita disebalik senyuman.ombak semakin mengganas memukul kehidupan kedua salik itu.

dia terasa,ada sesuatu yang disembunyikan.dia merasa ada rahsia yang tidak ia ketahui.daripada insan2 yang ia sayangi.fikirannya mula terganggu.namun pantas dia menyedari Allah sentiasa mengintai ketahanannya.berita demi berita yang tertuju padanya bertubi2...sesuatu yang kurang enak dihadam oleh hati dan minda.tidak ia benarkan megocak lubuk zikirnya,lubuk khusyuknya,jesteru dia cuba tersnyum dengan lafaz alhamdulillah.namun sedikit menekan berita2 itu,kisah2 itu...dari insan2 yang sungguh hampir dengannya.

lintas kata2 manis dari perjalanan fikirannya.setelah kau akui ingin taat padaNYA,Dia akan beri segumpal kekuatan bagi hadapi ujian yang bakal Dia berikan.untuk menguji penerimaanmu atas apa yang Ia berikkan.telah kau nyatakan,kau ingin syukur dalam setiap pemberianNYA.kau ingin taat padaNYA setiap waktumu,kerana kau telah malu akan kesedaran diri sebagai hamba yangbanyak menerima sedang enggan memberi HAKNYA semula.

Sejuk hatinya dengan lintasan ingatan itu.ingin sahaja dirembeskan air matanya.dia sedar,itu antara ujian untuk membuktikan ketaatan,jesteru dia harus bersyukur...perjalanan sehari2 hidupnya dilalui dengan pengakuan hati jujurnya bahawa dia sedikit terganggu,dan terus terganggu dengan berita2 yang masih belum jelas akan pangkalnya.dia pasrah.cuba dia menumpukkan pelajarannya.buku dihadapan perlu ia hadam dengan hati juga fikirrannya.dia mencuba,dan semakin hari,bisikkan2 itu semakin kuat mempersoalkan atas apa yang berlaku.dia berperang lagi,berperang dan terus berperang,cuba menjahanamkan benteng perang syaitan laknatullah.di kerapkan lagi zikirnya,solatnya,ditepis segala bisikkan,disibukkan dengan menghayati bait2 cinta tuhanNYA dalam kalamNYA...disantap lagi buah motivasi dari beberapa buah buku agama yang menjadi koleksi mini simpanannya.dia cuba melawan agar tidak memikirkan masalah itu,dia harus tumpu pada apa yang dihadapan.dia enggan melihat lagi situasi rasa itu,sama ada takut untuk merasanya atau takutdia tidak bersyukur.dia cuba,namun persoalan itu terus memaksa2 dirinya untuk diketengahkan dan difikirkan seketika

dia pasrah,kemudian dia mengambil sedikit masa,memikirkan hal2 yang baru berlaku.diteliti insan2 yang terlibat...diamati satu persatu,dan keberadaan mereka dalam hatinya sebagai seorang salik.dia mengakui mereka banyak membantu dalam perjalanannya.namun sedikit kesilapan yang dilakukan oleh mereka juga dirinya,akan turut memberi kesan pada perjalanannya.kini dia menyedari,kebergantungan juga sisa harapan pada manusai masih ada.dia akhirnya menyedari,Allah cuba mengajranya untuk taat dalam kejernihan,seperti apa yang selalu ia pohonkan.mengembara bersama2 insan lain memang punya kebaikannya,saling menasihati dalam segala perkara,namun sedikit bahaya bagi mereka yang suka bergantung terus pada insan2 sekelilingnya.dia sedar kini,insan...manusia hanya sebagai penggerak dimuka bumi ini.antara makhluk2 yang digerakkanNYA untuk menjadi penyaksiaan keagungganNYA semata bagi mereka yangberfikir.diamati dan diteliti lagi,rentetan perjalanan ujian itu,semuanya memang boleh dirancang namun yang mengatakan kun itu adalah Allah.jesteru tidak dia salahkan insan,apatahlagi menyalahkan Allah...

satu pandangan juga pemahaman baru dariNYA.ingin dia berkogsi pandangan itu dengan sahabatnya,namun bila teringat akan sedikit kekeruan dicalit ruang keindahan persahabatnanya,dia merasa sedikit segan,dan malu...namun dia harus mulakannya...

"buat enti ku sayang,Allah tau sengsara yang kita tanggung...bersabarlah,Dia menguji untuk kebaikkan kita,Dia menyenangkan juga untuk kebaikkan kita.jika dikenang semua nikmatnya,pasti takkan terhitung,syukur kita belum cukup.hidup ini takkan cukup untuk pamer kesyukuran,jesteru kita cuba melawan hati dan fikiran,sebagai salah satu pengabdian.moga diberi kekuatn dalam mujahada"

mengharap dia akan ketenangan sahabatnya itu.dia berdoa padaNYA agar,ketenangan yang dicari oleh sahabatnya itu,kelak akan Dia kurniakan.tidak menghairan,namun sedikit mengecewakan,belum ada sebarang respon dari sahabatnya.dia bersyukur dengan ujian ini,kerana pasti ada hikmah disebaliknya

"sahabatku...buta kita andai menyalahkan makhluk atas apa yang berlaku...lihat la lagi dan lagi disbalik apa yang berlaku,kita akan nyata bahawa itu semua hanya satu mainan ujian dariNYA,untuk mengusik sedikit hati kita yang dalamnya kita katakan kita ingin taat dan cinta padaNYA.tambahkanlah doamu dengan penuh tawaduq,mohon diberi kekuatan lebih dalam terus mengabdi.jangan putus asa,Dia sangat hampir dan sentiasa tahu apa yang terdetik walau hanya firasat.salam rindu dari ana...maaf.."

dia kira,setakat itu dahulu penantiannya terhadap sahabatnya itu.dia cuba biarkan sahabatnya meneliti hikmah2 tersembunyi disebalik apa yang berlaku.dia perlu kembali tumpu kepada pelajarannya,kerana dia bakal menghadapi exam besar.dia perlu mengabaikan seketika masalah itu,terus berperang dari gangguan dan terus berperang dalam mempertahankan sebuah ketaatan...dia mohon pada Tuhannya,agar dibukakan hikmah yang jelas pada dia dan sahabatnya itu,bahkan biralah diberi lebih kepada sahabatnya itu...dia perlu kembali....dan mengembara seorang diri....

lewat dua hari sudah dia biarkan masalah itu.lewat dua hari itu jugalah respon dari sahabatnya belum diterima,bahkan mungkin lebih dari itu.kerana sebelum ini,mereka sering sahaja membicarakan hal2 yang menjadi persoalan mereka dalam perjalanan ini.ada secalit rindu pada kenangan itu,namun teringat dia akan pemahaman dari Allah itu,insan lain hanya sebagai ujian bagi kamu.

malam semakin larut,nota masih ditangan.cuba ia menukar posisi belajarnya.lenguh duduk menegak dimeja belajarnya.dalam kesunyian malam,handsetnya berbunyi tanda masuknya mesej...

"enti,ana sayang sangat dengan enti...."

"...sayang yang tak mampu diungkap dengan kata2...dari Allah ujian datang dari Dia jugalah jalan keluarnya...meraih cinta Aggung,jalannya teruji segala keperitan,keikhlasan,kesabaran.ana doakan ketenangan buat enti.ana sayang enti..."

...dia tersenyum,manik2 jernih mula memenuhi kelopak matanya,kabur dan semakin kabur penglihatannya,dibiarkan kehangatan air itu menelusuri pipinya...haru jiwanya mengenagkan keagungan tuhannya

segala puji yang indah hanya untuk tuhanku Allah,dia pemilik segala kerajaan langit dan bumi,juga kerajaan nayata juga ghaib...Dia yang mengenggam hati2 insan,justeru mudah baginya membolakbalikkan hati2 itu,kemudian menenagkannya semula...

nuklian khas buat sahabat salik ana....suffy_11:Tohira