Photobucket

Friday

nikah???

ramai sahabat yang telah bertemu jodoh.ada yang muda dari ku dan perkara biasa yang lebih senior dariku.sensitif ke perkara ni?

"perjalanan masih jauh,abaikan dahulu" ya memang masih teramat jauh,tidak nampak titik penghujungnya,mungkin jauh dan mungkin dekat,bahkan mungkin selepas dan setelah ini.akhirnya entah bila.namun yang pasti,hari itu akan tiba.

pernah ku terfikir ingin interview seorang sahabat yang baru berumahtangga,lebih muda dariku.bagaimana pandangannya setelah berumahtangga.beliau seorang yang agak aktif dalam gerakkan mahasiswa islam.namun ada khabar yang mengatakan,orang dah kahwin mesti futur,senyap...

alhamdulillah diberi kesempatan untuk berbicara dengan beliau.dari tutur bicaranya,terdetik di dalam hati,memang layak dirinya telah berumahtangga,pemikirannya sungguh matang."suami ana kata,tak semstinya kita bergerak di kampus itu baru dikatakan berjuang.diamana2 kita boleh berjuang.diaman ada pertembungan yang hak dan batil disitulah harus kita berjuang.rumahtangga juga adalah perjuangan"

"memang ramai sahabat yang mengatakan ana futur,tapi biaralah masing2 punya pandangan"

ya benar.aku setujuh,perjuangan pada konteks pemikiran masing2 asalakan tidak bertentangan dengan apa yg disyariatkan dan bahkan adanya niat dalam menegakkah syariat islam jika tidak pun mempertahankannya.
bukan soal perjuangan yg ingin disentuh disini.insyaalah pandangan soal kahwin.satu kejutan berita dari insan terdekat dan rapat dengan penulis.mungkin itu sedikit privete.namun berita itu sedikit menganggu jiwa.apa2 pun,satu nasihat yg berguna"perjalanan masih jauh"
terbayang adik2 dirumah,mak ayah,sanak saudara,orang kampung,sahabat,masyarakat malaysia,dunia dan seenteronya...huh! satu keluhan yang tidak berkesudahan.
diri belum cukup mantap dari segi pentarbiyyahan untuk menjaga kalimah Allah di lubuk hati.keluarga yg jauh disana,sering dibayangkan kehidupan mereka.bagaimana?

mahasiswa yang terdedah dengan persekitaran yang cukup mecabar,dalam masa yg sama diberi pengisian sesuai dengan cabaran dihadapan.perlu rasanya pulang kepangkuan keluarga untuk disalurkan apa yg sudah sebati dalam diri yg dikira mampu menjana kehambaan pada sang kahalik,harus juga diberi pada sang keluarga.

cetusan idea ini timbul setelah membaca coretan dari blog seorang sahabat.lali kita dengar,ya lumrah manusia.namun jika terus difikirkan,takut matlamat tersasar."perkara ni sudah tercatat di loh mahfuzNYA,biarkan ianya berlaku dengan sendiri.Allah bakal mengurusnya" satu untaian ringkas dari seorang sahabat.

apa2 pun...pandangan peribadi,alangkah indah jika alam itu bisa ku tembusi,tingkat itu mampu kucapai.pasti rasa yg dirasa oleh Rabiatul Al-Adawiyah juga mampu kurasakan.pasti tiada lagi angan2 indah dunia,yg ada cuma kerinduan bertemu dengan sang khalik.pengembaraan dengan si salik cukup indah bagiku,tidak mau kufikir lagi soal dunia,sungguh menyeksakan apatah lagi soal ini.

namun...nikah sunnah Rasul...insyaalah biarkan ia berlaku dengan sendirinya.cukuplah meningkatkan diri demi menggapai redaNYA.itulebih indah dari perkahwinan...insyallah

Thursday

sendiri itu lebih baik?

beberapa hari kebelakangan ini,aku lebih selesa untuk bersendirian.ya,semenjak kepulangan lalu.lambakan ilmu yang baru bagiku,konsep tauhid yang baru ku pelajari,sungguh membuatkan aku fana dalam persoalan.entah pada siapa harus ditanya.malu tak bertempat menguasai,takut melanggar adab yang digarisi.aku memarahi diriku sendiri.kalau tidak suarakan bagaimana hendak diselesaikan masalah tu? hanya satu peluangku....ustaz.aku terus menanti ilmiah softcopy yang dijanjikan.insyaalah...mungkin Allah menahan sebentar,untuk menenagkan kekusutan mindaku sebelum ilmiah itu sampai kepadaku.

fikiran semalam ku bawa ke hari ini.begitulah seterusnya.baru tadi ku menjamah pandangan minda seorang sahabat.ringkas dan mudah difahami ayat juga maksud yang cuba dibawa.cuba ku bandingkan cara penulisanku.kadang2 merasa takut untuk mencoretkan pandangan minda dalam blog ini.takut jika rantai ammarah itu menguasai disetiap button laptop yg ku tuju.syaitan mana mungkin biarkan cucu adam lengang dari bisikannya.

kelas brother yang ku hadiri semalam,kelas perbandingan agama,merupakan kelas terakhir untuk sem ini.pilu mendengar butiran2 nasihat terakhir brother kamaruddin
"betapa saya terseksa bila mana ayah saya meninggal dunia sedang saya tidak mampu membacakan al-fatiha kepadanya.mana mungkin,kerana dia belum islam.penyesalan yang teramat sangat.sedih luluh jiwa saya.kalian telah dipilih.jangan dibiar mereka yang belum islam diluar sana juga menghadapi masalah yang sama..."

kuselami kedalam diri."itu luahan brother sebagai seorang yang tidak dilahirkan sebagai muslim,namun akhirnya dipilih oleh Allah untuk sempat mengenaliNYA.bila mana brother telah mengenal islam,cintanya tidak terhingga,semangatnya membawa kepada usaha menubuhkan IPSI,menganjurkan kelas perbandingan agama yang akhirnya aku diberi peluang untuk menghadiri.terdetik rasa sedihku,bilamana aku tidak berbuat apa2,sedang aku sudah bergelar muslim.sekadar menjemput sahabat non-muslim menghadiri program2 islamic itu tidak memadai.sekadar mempamerkan akhlak islammiyah yg baru sedikit menyaluti diriku itu juga kurang memadai.jika sekadar menerangkan,juga mnejelaskan ini ciptaanNYA,itu juga ciptaanNYA,itu juga tidak memadai bagiku.sedikit sumbanganku,sedikit sangat..."

"bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bertemu saya di fasa 2,saya doakan kalian berjaya,kalian dilantik menjadi orang2 besar yang bakal menyokong pertubuhan2 seperti ini.jika saya datang meminta sedikit bantuan kewangan,janganlah lari ikut pintu belakang"
walaupun ada derai ketawa di hujung senda gurau,namun jauh disudut hati pilu ku terbayang,mungkin betapa kepayahan mereka mencari sumber kewangan untuk membolehkan kelas ini berjalan hingga ke fasa praktikal dakwah.

apa sumbanganku?Allah moga medan ini,menjadi salah satu medan dakwah untuk islam...ameen..

bersendirian membuatkan aku lebih memahami ritma hidup ini.masa bersendirian itu memberi aku peluang untuk lebih mengenali diri.meneliti tiap gerakkan kehidupan,mencari kerahsiaan Allah disana.satu persatu rahsia itu tersingkap,namun kengkadang aku leka dalam menyelami,hingga ku terabai dunia nyataku.namun aku harus kembali kerana disini penghidupanku.biarlah Allah merajai hatiku,dan terus melayari kehidupan ini

salam mujahada

Monday

kisah semalam menjadi koreksi diri

"salam enti,enti busy tak???"
seolah ada nada sedih di balik mesej seorang sahabat yang belum dikenali secara fizikalnya.terdetik rasa risau dengan bunyi mensej ini.pantas diri meneliti jadual harian yang ada,teliti kalau2 masa itu sesuai untuk dikatakan busy mahupun tidak.jika diikutkan,masa sering menghambat diri dengan aktiviti harian.

besok test,bab banyak lagi tak cover.bukan satu alasan bagi diri,jika sering mengatakan kepada sahabat "masa ana dah ditempah untuk diri" sering menjadi penilaian diri,adakah itu jawapan yang sesuai untuk menyatakan ketidak'avilable'nya...hati berbisik insyaalah,kerja yang ada mungkin boleh dianjak sedikit jika sahabat ana ini sangat memerlukan bantuan diri.

sebelum membalas mesej,teringat satu lagi tugasan penting yang sangat memerlukan pelaksanaan segera.selaku mantan SU NRIC,diri diberi tanggugjawab untuk foward mesej jemputan ke dinner gabungan NRIC+CONVEX,melihat lagi nota dihadapan yang sedikit berselerak,sering memanggil diri ntuk membacanya.test!! mengingatkan diri untuk perlu fokus seketika.hand phone diletakkan lagi,cuba berfikir perlukah diberitakan diri tidak busy,sedang diri sebenarnya busy,namun dalam masa yang sama,kasih sayang kepada sahabat diri yang satu ini sering mendesak diri untuk membalasnya.

teringat satu kisah dalam blog seorang salik
"seorang sahabat menangis teresak2 kerana tidak mampu memberi apa2 kepada seorang pengemis yang meminta sesuatu yang boleh dialas perutnya" lantas diri mengkoreksi lagi,insyaalah pengorbanan ini dinilai oleh Allah.

"insyaalah ana tak busy.ana cuba bantu mana yang termampu.kenapa nti?"

balasan diri yang sedikit melegakan hati,membalas juga akhirnya mesej seorang sahabat yang dikasihi.

"nti...tolong ana,tolong yakinkan ana dengan tarekat..."

Allah!!! berdebar hati sang penulis,serta merta perasaan sedih menyelubungi diri.belum sempat diri memikirkan jawapan yang sesuai,masuk lagi mesej baru

"insyaalah malam ni kita buat meeting pukul 10pm,harap boleh datang.kita nak confirmkan kehadiran peserta yang dapat datang.kalau ada ahli yang tak de no phone,insyaalah kami boleh bg mana yang ada"

terganggu seketika cosentrasi diri akan kenyataan sahabat tersebut.diri cuba memerikasa lagi jadual harian yang ada,rupanya terlupa lagi satu keperluan.panggilan ke kuliah diagnois tangan dan herba anjuran HPA dalam masa yang sama baru diri teringat hari ini kuliah perbandingan agama berjalan seperti biasa.memandangkan masa yang terlalu terhad,assingment brother "muhammad say in the bible" terpaksa ditangguhkan.
diri mencuri sedikit masa,menyusun aulawiyat dari kesemua yang muncul dalam satu masa.teringat lagi bicara dengan sisalik

"maaf ana tak mampu lagi praktikkan aulawiyat,terlalu banyak demand"...

"tak pe,kita tak boleh lakukan semua perkara dalam satu masa"

jawapan yang melegakan namun sampai bila.

apa yg diri perlu utamakan.sedang ketika itu,menyedari motivasi diri semakin merundum.sedikit payah,perlu diasa kembali semangat ini.ramai yang memerlukan diluar sana.diri tidak akan tenang selagi mesej sahabat yang dikasihi itu tidak ada kata putus dari diri.setelah masa yang agak lama diri membalas juga,cuba diikhlaskan hati membals dari suara hati yang dalam,cuba meletakkan diri adalah penerima mesej tersebut.jangan dibiar diri yang diperlukan,membuatkan riaq menguasai.jangan dibiar sama seklai!!! syaitan cuba mencari seteliti mungkin masuk menyelinap kedalam perjalanan hati juga minda anak adam.

"maaf nti,ana ada sedikit hal tadi.ada masa nanti kita cuba bincang ye.tapi apa2 pun,keyakinan itu miliknya Allah,kefahaman itu juga miliknya Allah.kita ikhlaskan hati,mencari sesuatu ilmu itu bukan kerana ingin menguasai semata,tapi satu kemudahan untuk kita kenal dan menuju Allah.ibadah yang diamalkan dalam tarekat itu yang perlu dipelajari dan diamalkan.ilmu selebihnya hanya sekadar kefahaman kita.nti,akal kita sangat terbatas.kadagkala tidak semua ilmu kita boleh faham hanya melalui pencarian sedang kita sendiri belum amalkan.maaf ana maksudkan diri ana sendiri.mintalah dengan Allah,mungkin ini satu panggilan rindu dariNYA...moga nti tenang"

berat hati melepaskan masalah itu disitu sahaja,risau tidak kepalang hati membayangkan perasaan sahabat ketika itu.hanya diserahkan kepada Allah semata2,DIA pemilik segala kerajaan,jesteru mudah bagiNYA dalam menenagkan hati seorang hamba.satu masalah yang terpaksa diabaikan sekatika,untuk menyelesaikan masalah seterusnya.
..........................................................................................................................................................................

sesuatu diluar dugaan kita,akan semua yang berlaku keatas diri mahupun dimuka bumi ini.begituah jua terhadap apa2 yang tidak pasti akan kehidupan ini.contohnya rezeki,maut, dan jodoh.ujian merupakan ritma dalam kehidupan.sesuatu tarbiyyah yang mematangkan lagi minda untuk terus bijak dalam menyelesaikan masalah hidup.semuanaya berlaku tanpa kawalan,semuanya berlaku dengan sendirinya.jika apa yang dirancang pada hari ini,benar berlaku pada esok hari,itu bukanlah atas kuasa kita,melainkan keizinan dari Allah swt.semata tidak ada apa yg mampu kita lakukan tanpa "KUN" dari Allah.biarkan semuanya berlaku dengan sendirinya,perteguhkan tawakal,berbaik sangka dengan Allah,kerana "Aku menurut apa yang sangkaan hambaKU terhadapKU,dan AKU bersama hambaKU ketika dia berzikir kepadaKU"hadis qudsi

sahabat,betapa didunia ini jelas kesementaraan kita,bahkan apa yg berlaku semua adalah atas perancaganNYA.jesteru pada siapa lagi yang harus kita takuti,jika bukan pada DIA yang berkuasa menentukan apa yang DIA kehendaki.jesteru pada siapa lagi yang harus kita harapkan,jika bukan pada DIA yang memiliki kerajaan yang luas.

"ceraplah minda dengan keagungngganNYA,niscaya ada rahsia yang tersingkap disebalik kerahsiaan"

muhasabah lagi

semalam agak sedikit pening,memaksa diri menghabiskan bab islamic accounting yang tak cover lagi.stress ke sampai pening? tak juga,sebab ketika itu hanya satu metlamat penulis,mencari,memahami,meneroka dan menyelami ilmu itu untuk mencabar diri sama ada mampu untuk mendisiplinkan diri dalam tempoh waktu yang singkat mahupun tidak.sering menjadi persoalan sebelum ini,apa sebenarnya matlamat belajar? adakah hanya ingin membalas jasa kedua ibu bapa yang sanggup berkorban menghantar kita hingga keperingkat ini? jika demikian dimana letaknya Allah dan RasulNYA...matlamat yang bukan utama jika itu yang dipeggang.sedang kita perlu mendahului Allah dan RasulNYA dalam setiap ritma kehidupan kita.lantas diri tidak pernah berhenti untuk mengorek lebih dalam matlamat sebenar perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa.memegang taklifan yang bukan sekadar mahasiswa universiti,turut mengakui diri adalah asset keluarga,agama,dan negara."tanggungjawab lebih banyak berbanding masa yang ada" petikan kata2 yang hingga kini menjadi tumpuan minda untuk mencari makna tanggugjawab itu.
melihat taklifan yang dipegang secara general,memang boleh dianggap remeh bagi mereka yang sering mengabaikan,jesteru diri harus terus mengkoreksi makna tanggungjawab itu sebenar.jangan dibiar minda terus menurut dengan arus dunia yang begini,sekiranya begini,begitu sekiranya begitu.kita harus punya pendirian yang teguh dalam menilai mahupun mengambil sesuatu resolusi diatas apa yang berlaku,kerana jika kita menyedari keputusan yang bakal kita pilih itu bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri namun,kesan keatas diri akan turut memberi kesan keatas orang lain.manakan tidak,tidak mungkin kita mampu sendiri dalam menjalani kehidupan ini.tidak kurangpun,kita mengambil keputusan yang bakal membentuk keperibadian diri yang bakal berhadapan dengan masyarakat luar.
apa yang cuba penulis perkatakan disini sebenarnya,bagaimana kita cuba menilai suatu situasi dalam kehidupan itu.jangan hanya menunggu maklumat masuk untuk dijamah dan hanya menggunakannya,tanpa berusaha mencari maklumat baharu yang mana proses penilaiannya sudah tentu memerlukan pemikiran yang sangat keritikal.terdidik mantap minda itu,sekiranya Al-quran dijadikan sebagai sumber mengasa minda.cukup hebat bagaimana Allah bermenolog dalam hanya satu istilah.jesteru menjadi pemikir tajam adalah perlu bagi kita umat islam,kerana kita merupakan entiti yang bakal menyumbagkan tenaga dan minda dalam masyarakat.
namun,bak kata pimpinan yang berwibawa, tarbiyah jika tidak diselarikan dengan dakwah umpama air yang tidak mengalir.segala mendapan hanya bertakung disekitar dasarnya,sedang titisan kotoran yang mendiaminya tidak tersalur kerana terusannya yang tersekat.begitulah juga dengan tarbiyyah yang andai tidak dipraktikkan maka akan merosakkan jiwa dan hati si pemilik.mencari ilmu sebanyaknya tanpa cuba untuk menyampaikan boleh jadi memakan diri si empunya diri.masalah hati boleh jadi timbul.namun itu adalah pengertian yang cuba disampaikan dari sesetengah buku dan pandangan sahabat2 penulis.terpulang bagi pembaca bagaimana cara menilai suatu perselisiahan.bagi penulis sendiri,tarbiyyah merupakan pendidikan yang sama ada diberi mahupun mencari.ilmu yang diperoleh jika bukan disampaikan kepada orang lain cukup untuk kegunaan dirinya.bagi penulis menggunakan untuk diri sendiri juga adalah salah satu dakwah kepada diri sendiri,yakni memperbaiki diri dengan ilmu yang ada.maka bagaimana kita mengolah tarbiyyah itu sendiri adalah bergantung sejauh mana kita kefahaman dan kematangan dalam menilai suatu situasi.
pesanan dari seorang pemikir yang cukup penulis kagumi "bersedialah untuk membuat keputusan kerana suatu hari nanti kita akan sendiri dalam menentukan keputusan" jesteru adalah diseru,agar masyarakat diluar sana khasnya remaja,cuba untuk menjadi seorang pemikir jika bukan untuk masyarakat dan negara cukup untuk keperluan diri.insyaalah minda semakin luas merentasi pemikiran yang ada.
"minda...janaanya bergantung sejauhmana pemiliknya cuba melihat situasi kehidupan yang ada,menjadikan setiap inci kehidupan sebagai suatu sumber untuk mematangkan minda..."