Photobucket

Monday

muhasabah lagi

semalam agak sedikit pening,memaksa diri menghabiskan bab islamic accounting yang tak cover lagi.stress ke sampai pening? tak juga,sebab ketika itu hanya satu metlamat penulis,mencari,memahami,meneroka dan menyelami ilmu itu untuk mencabar diri sama ada mampu untuk mendisiplinkan diri dalam tempoh waktu yang singkat mahupun tidak.sering menjadi persoalan sebelum ini,apa sebenarnya matlamat belajar? adakah hanya ingin membalas jasa kedua ibu bapa yang sanggup berkorban menghantar kita hingga keperingkat ini? jika demikian dimana letaknya Allah dan RasulNYA...matlamat yang bukan utama jika itu yang dipeggang.sedang kita perlu mendahului Allah dan RasulNYA dalam setiap ritma kehidupan kita.lantas diri tidak pernah berhenti untuk mengorek lebih dalam matlamat sebenar perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa.memegang taklifan yang bukan sekadar mahasiswa universiti,turut mengakui diri adalah asset keluarga,agama,dan negara."tanggungjawab lebih banyak berbanding masa yang ada" petikan kata2 yang hingga kini menjadi tumpuan minda untuk mencari makna tanggugjawab itu.
melihat taklifan yang dipegang secara general,memang boleh dianggap remeh bagi mereka yang sering mengabaikan,jesteru diri harus terus mengkoreksi makna tanggungjawab itu sebenar.jangan dibiar minda terus menurut dengan arus dunia yang begini,sekiranya begini,begitu sekiranya begitu.kita harus punya pendirian yang teguh dalam menilai mahupun mengambil sesuatu resolusi diatas apa yang berlaku,kerana jika kita menyedari keputusan yang bakal kita pilih itu bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri namun,kesan keatas diri akan turut memberi kesan keatas orang lain.manakan tidak,tidak mungkin kita mampu sendiri dalam menjalani kehidupan ini.tidak kurangpun,kita mengambil keputusan yang bakal membentuk keperibadian diri yang bakal berhadapan dengan masyarakat luar.
apa yang cuba penulis perkatakan disini sebenarnya,bagaimana kita cuba menilai suatu situasi dalam kehidupan itu.jangan hanya menunggu maklumat masuk untuk dijamah dan hanya menggunakannya,tanpa berusaha mencari maklumat baharu yang mana proses penilaiannya sudah tentu memerlukan pemikiran yang sangat keritikal.terdidik mantap minda itu,sekiranya Al-quran dijadikan sebagai sumber mengasa minda.cukup hebat bagaimana Allah bermenolog dalam hanya satu istilah.jesteru menjadi pemikir tajam adalah perlu bagi kita umat islam,kerana kita merupakan entiti yang bakal menyumbagkan tenaga dan minda dalam masyarakat.
namun,bak kata pimpinan yang berwibawa, tarbiyah jika tidak diselarikan dengan dakwah umpama air yang tidak mengalir.segala mendapan hanya bertakung disekitar dasarnya,sedang titisan kotoran yang mendiaminya tidak tersalur kerana terusannya yang tersekat.begitulah juga dengan tarbiyyah yang andai tidak dipraktikkan maka akan merosakkan jiwa dan hati si pemilik.mencari ilmu sebanyaknya tanpa cuba untuk menyampaikan boleh jadi memakan diri si empunya diri.masalah hati boleh jadi timbul.namun itu adalah pengertian yang cuba disampaikan dari sesetengah buku dan pandangan sahabat2 penulis.terpulang bagi pembaca bagaimana cara menilai suatu perselisiahan.bagi penulis sendiri,tarbiyyah merupakan pendidikan yang sama ada diberi mahupun mencari.ilmu yang diperoleh jika bukan disampaikan kepada orang lain cukup untuk kegunaan dirinya.bagi penulis menggunakan untuk diri sendiri juga adalah salah satu dakwah kepada diri sendiri,yakni memperbaiki diri dengan ilmu yang ada.maka bagaimana kita mengolah tarbiyyah itu sendiri adalah bergantung sejauh mana kita kefahaman dan kematangan dalam menilai suatu situasi.
pesanan dari seorang pemikir yang cukup penulis kagumi "bersedialah untuk membuat keputusan kerana suatu hari nanti kita akan sendiri dalam menentukan keputusan" jesteru adalah diseru,agar masyarakat diluar sana khasnya remaja,cuba untuk menjadi seorang pemikir jika bukan untuk masyarakat dan negara cukup untuk keperluan diri.insyaalah minda semakin luas merentasi pemikiran yang ada.
"minda...janaanya bergantung sejauhmana pemiliknya cuba melihat situasi kehidupan yang ada,menjadikan setiap inci kehidupan sebagai suatu sumber untuk mematangkan minda..."

No comments:

Post a Comment