Photobucket

Monday

kisah semalam menjadi koreksi diri

"salam enti,enti busy tak???"
seolah ada nada sedih di balik mesej seorang sahabat yang belum dikenali secara fizikalnya.terdetik rasa risau dengan bunyi mensej ini.pantas diri meneliti jadual harian yang ada,teliti kalau2 masa itu sesuai untuk dikatakan busy mahupun tidak.jika diikutkan,masa sering menghambat diri dengan aktiviti harian.

besok test,bab banyak lagi tak cover.bukan satu alasan bagi diri,jika sering mengatakan kepada sahabat "masa ana dah ditempah untuk diri" sering menjadi penilaian diri,adakah itu jawapan yang sesuai untuk menyatakan ketidak'avilable'nya...hati berbisik insyaalah,kerja yang ada mungkin boleh dianjak sedikit jika sahabat ana ini sangat memerlukan bantuan diri.

sebelum membalas mesej,teringat satu lagi tugasan penting yang sangat memerlukan pelaksanaan segera.selaku mantan SU NRIC,diri diberi tanggugjawab untuk foward mesej jemputan ke dinner gabungan NRIC+CONVEX,melihat lagi nota dihadapan yang sedikit berselerak,sering memanggil diri ntuk membacanya.test!! mengingatkan diri untuk perlu fokus seketika.hand phone diletakkan lagi,cuba berfikir perlukah diberitakan diri tidak busy,sedang diri sebenarnya busy,namun dalam masa yang sama,kasih sayang kepada sahabat diri yang satu ini sering mendesak diri untuk membalasnya.

teringat satu kisah dalam blog seorang salik
"seorang sahabat menangis teresak2 kerana tidak mampu memberi apa2 kepada seorang pengemis yang meminta sesuatu yang boleh dialas perutnya" lantas diri mengkoreksi lagi,insyaalah pengorbanan ini dinilai oleh Allah.

"insyaalah ana tak busy.ana cuba bantu mana yang termampu.kenapa nti?"

balasan diri yang sedikit melegakan hati,membalas juga akhirnya mesej seorang sahabat yang dikasihi.

"nti...tolong ana,tolong yakinkan ana dengan tarekat..."

Allah!!! berdebar hati sang penulis,serta merta perasaan sedih menyelubungi diri.belum sempat diri memikirkan jawapan yang sesuai,masuk lagi mesej baru

"insyaalah malam ni kita buat meeting pukul 10pm,harap boleh datang.kita nak confirmkan kehadiran peserta yang dapat datang.kalau ada ahli yang tak de no phone,insyaalah kami boleh bg mana yang ada"

terganggu seketika cosentrasi diri akan kenyataan sahabat tersebut.diri cuba memerikasa lagi jadual harian yang ada,rupanya terlupa lagi satu keperluan.panggilan ke kuliah diagnois tangan dan herba anjuran HPA dalam masa yang sama baru diri teringat hari ini kuliah perbandingan agama berjalan seperti biasa.memandangkan masa yang terlalu terhad,assingment brother "muhammad say in the bible" terpaksa ditangguhkan.
diri mencuri sedikit masa,menyusun aulawiyat dari kesemua yang muncul dalam satu masa.teringat lagi bicara dengan sisalik

"maaf ana tak mampu lagi praktikkan aulawiyat,terlalu banyak demand"...

"tak pe,kita tak boleh lakukan semua perkara dalam satu masa"

jawapan yang melegakan namun sampai bila.

apa yg diri perlu utamakan.sedang ketika itu,menyedari motivasi diri semakin merundum.sedikit payah,perlu diasa kembali semangat ini.ramai yang memerlukan diluar sana.diri tidak akan tenang selagi mesej sahabat yang dikasihi itu tidak ada kata putus dari diri.setelah masa yang agak lama diri membalas juga,cuba diikhlaskan hati membals dari suara hati yang dalam,cuba meletakkan diri adalah penerima mesej tersebut.jangan dibiar diri yang diperlukan,membuatkan riaq menguasai.jangan dibiar sama seklai!!! syaitan cuba mencari seteliti mungkin masuk menyelinap kedalam perjalanan hati juga minda anak adam.

"maaf nti,ana ada sedikit hal tadi.ada masa nanti kita cuba bincang ye.tapi apa2 pun,keyakinan itu miliknya Allah,kefahaman itu juga miliknya Allah.kita ikhlaskan hati,mencari sesuatu ilmu itu bukan kerana ingin menguasai semata,tapi satu kemudahan untuk kita kenal dan menuju Allah.ibadah yang diamalkan dalam tarekat itu yang perlu dipelajari dan diamalkan.ilmu selebihnya hanya sekadar kefahaman kita.nti,akal kita sangat terbatas.kadagkala tidak semua ilmu kita boleh faham hanya melalui pencarian sedang kita sendiri belum amalkan.maaf ana maksudkan diri ana sendiri.mintalah dengan Allah,mungkin ini satu panggilan rindu dariNYA...moga nti tenang"

berat hati melepaskan masalah itu disitu sahaja,risau tidak kepalang hati membayangkan perasaan sahabat ketika itu.hanya diserahkan kepada Allah semata2,DIA pemilik segala kerajaan,jesteru mudah bagiNYA dalam menenagkan hati seorang hamba.satu masalah yang terpaksa diabaikan sekatika,untuk menyelesaikan masalah seterusnya.
..........................................................................................................................................................................

sesuatu diluar dugaan kita,akan semua yang berlaku keatas diri mahupun dimuka bumi ini.begituah jua terhadap apa2 yang tidak pasti akan kehidupan ini.contohnya rezeki,maut, dan jodoh.ujian merupakan ritma dalam kehidupan.sesuatu tarbiyyah yang mematangkan lagi minda untuk terus bijak dalam menyelesaikan masalah hidup.semuanaya berlaku tanpa kawalan,semuanya berlaku dengan sendirinya.jika apa yang dirancang pada hari ini,benar berlaku pada esok hari,itu bukanlah atas kuasa kita,melainkan keizinan dari Allah swt.semata tidak ada apa yg mampu kita lakukan tanpa "KUN" dari Allah.biarkan semuanya berlaku dengan sendirinya,perteguhkan tawakal,berbaik sangka dengan Allah,kerana "Aku menurut apa yang sangkaan hambaKU terhadapKU,dan AKU bersama hambaKU ketika dia berzikir kepadaKU"hadis qudsi

sahabat,betapa didunia ini jelas kesementaraan kita,bahkan apa yg berlaku semua adalah atas perancaganNYA.jesteru pada siapa lagi yang harus kita takuti,jika bukan pada DIA yang berkuasa menentukan apa yang DIA kehendaki.jesteru pada siapa lagi yang harus kita harapkan,jika bukan pada DIA yang memiliki kerajaan yang luas.

"ceraplah minda dengan keagungngganNYA,niscaya ada rahsia yang tersingkap disebalik kerahsiaan"

No comments:

Post a Comment