Photobucket

Friday

sebatang pen yang tidak berdakwat

bersemangatnya hendak mencoret kertas putih bersih itu.ingin dicoret segala kefahaman yang baru digarap.alhamdulillah.pantas tangan mengambil pen tercantik antara pen2 yang ada pada gelas pen,hatinya sungguh berkobar,semarak semangat yang timbul ketika menatap nota slideshownya...dia memilih pen biru,rasa selesa,lekat pada tangan,kiranya dia pasti merasa lebih teruja dan seronok dengan adanya pen yang boleh mendakwatkan fikirannya di kertas putih itu.dibuka penutupnya pantas,tidak sabar rasanya...dilekat mata pena pada kertas itu...rancak dia menulis...menulis dan terus menulis...tiba2 tulisannya semakin kabur,kabur dan kemudiannya tiada sama sekali...dia terhenti...melihat mata penanya...diketuk beberapa kali,dan cuba dicoretkan lagi...berulang2 kali dia cuba berbuat demikian,namun hampa dakwat pen itu sudah habis,dia tergendala...semangatnya yang berkobar2 bagai disimbah dengan air yang panas,padam tapi hangat.hatinya sedikit panas,rasanya itu sudah kali keberapa kali dia membeli pen berdakwat sama...dia terhenti seketika...meneliti pen itu...tergendala coretan notanya....

di imbas kembali sewaktu pertama kali membeli pen itu.dia berkali2 mencuba dakwat yang ada.memastikan bahawa pen itu benar2 berisi penuh agar tidak mudah habis dan mengendalakan tugasannya.dia amati...dan terus amati...rupanya...

manusia boleh sahaja mengaggak.walau berulang2 kali kerja pemerhatian dilakukan untuk memastikan tiada sebarang masalah berlaku,namun di suatu masa pada satu keadaan tetap sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku.boleh sahaja kita merancang bukan.seperti si pen itu.lancar sahaja dakwatnya ketika pertama kali dibeli.dan si tuan pemilik pen juga begitu yakin,pasti pen ini akan bertahan.melihat bentuknya yang tiada cacat cela,masih baru dan kemas bikinannya,pasti menjanjikkan kepuasan pemiliknya.namun tiba tempoh masa tertentu, dakwat itu habis,tapi bukan dalam jangkaannya,kalau dijangka pun mungkin lebih dari itu,tapi sayang rupanya habis diluar tempoh jangkaan,bahkan lebih cepat daripada itu.

saluran dakwat pen yang bagaikan penuh jika dilihat dari luar,cukup meyakinkan si pembeli.wah! pen ini mesti boleh bertahan lama...terlupa dia,ada yang mendengar,ada yang memerhati,walau gerakkan itu hanya sedikit,walau seremeh mana sekalipun.

uncertainty...akhirnya ahli ekonomi mengakui adanya keadaan diluar jangkaan apa yang di rancang dan dijangka...Gharar sama istilahnya dengan uncertainty,istilah famous yang telah lama diguna pakai dalam sistem perakaunan islam...Rasulullah juga ada menyebut...jangan kamu perdagangkan sesuatu yang tidak jelas pada penglihatan si pembeli yang ikhlas (insyaalah lebih kurang begitu maksudnya) apa lagi yang kita boleh kaitkan dengan istilah ketidak pastian...banyak,sungguh banyak...kehidupan ini juga banyak sungguh ketidakpastiannya.jangan segan silu menerobos tangapan minda pada istilah uncertainty ini/ketidakpastian ini...pasti jelas pada amatan kita semua apa yang cuba dibawa oleh istilah ketidakpastian ini.

walau sekecil2 mana pun tindakan itu,ada selitan2 hikmah keagungganNYA.cuba melihat kehidupan dengan pandangan mata hati yang terus dikaitkan dengan keberadaan kita sebagai hamba dan keberadaan Allah sebagai tuhan yang menciptakan.boleh sahaja kita bermuhasabah dalam setiap waktu,namun kadang,malas fikiran hendak melayan yang baginya remeh.bagaimana tidak remehnya,jika hak2 Allah juga sering diremeh2kan...

pen sebatang yang tidak berdakwat,menyimpan seribu hikmah andai diteliti dan diamati dengan lebih dalam.melihat bukan melihat bukan sekadar itu adalah pen berwarna biru,namun melihat itu adalah kehidupan,yang ditadbir oleh Allah yang memiliki segala kerajaan,sedang diri hanyalah hamba.

No comments:

Post a Comment