Photobucket

Friday

ujian berformat

exam???...alhamdulillah diberi peluang untuk menghadapi lagi exam kali ini.bagaimana agaknya usaha yang cuba digemblengkan untuk meraih sebuku rasa puas sebuah kejayaan???

apabila melawat ke blog2 sahabat,isu hangat lagi semasa...exam!!! semuanya memberi respon berkenaan dengan exam.mungkin ada dianatara kita yang gentar menghadapinya,melihatkan prestasi lepas yang agak kurang menyenangkan,jestru menghadapi lagi untuk kali seterusnya,keyakinan yang sedikit kurang menjadi faktor kepada kegentaran untuk menghadapinya.

dalam situasi exam ini,terutamanya di awal minggu study week,tidak putus2 mesej pemberi semangat daripada sahabat2...wahai sahabat sungguh mulus hatimu,ingat sungguh kalian pada sahabat2 lain,walaupun kengkadang hati kalian juga ada sekelumit rasa gentar pada exam kali ini.namun kebersamaan dalam setiap perkara membuatkan kalian lebih kuat dan lebih bersemangat.

dan,dalam situasi exam ini juga,ada yang menumpu seratus pratus pada study.berentetan jadual studynya...siap terpampang jelas jadual study di depan meja belajar,di samping2nya pula dicalit sedikit kata2 semangat,siap ditampal gamabr2 wajah ibu ayah,sebagai peringatan,pengorbanan mereka bukannya sedikit,jestru dia harus lebih berusaha untuk menghadiahkan mereka kejayaan ini.

namun jangan kita lupa,walau setumpu mana kita pada kerahan ini,ajal itu tetap semakin hampir dengan kita.jangan dikurangkan amalan2 yang menjadi rutin sebelum ini,bahkan tambahkan lah lagi,kerana hadiah kejayaan itu bukannya bisa kau bawa ke alam kubur sana.melainkan keikhlasan dalam membantu sahabat dalam proses pembelajaran,syukur yang tidak putus atas kemudahan juga kefahaman yang Allah beri dalam tempoh pembelajaran,juga masa2 yang dikurniakan sepanjang tempoh pembelajaran.

jangan jadikan kerahan yang menekan ini sebagai alasan kita untuk mengurangkan sedikit amalan2 yang menjadi rutin kita sebelum ini.solat sunat dikurangkan,takut masa study tidak cukup.Dhuha ditinggalkan,kerana waktu itu ilmu mudah masuk.zikir juga pujian dikurangkan selepas solat,takut kefahaman yang baru diterima hilang,jesteru perlu segera selesai untuk membuat letihan lebih.khusyku tidak dihirau,kerana memikirkan soalan tadi masih tiada jawapan...alahai manusia,mudah benar kita bersikap zalim pada Tuhan,berani sungguh...

moga hari2 exam ini adalah seperti hari2 biasa kita.bagaimana kita melihat hari2 itu adalah ujian,maka hari2 exam ini juga adalah ujian.ujian untuk apa agaknya??? sekiranya kita amati,hanya satu sebenarnya,adakah kita mensyukuri nikmatNYA? adakah ingatan kita tertuju terus kepadaNYA? adakah taat kita semakin bertambah padaNYA? jika diteliti,seberat mana ujian itu,tidak lain dan tidak bukan hanya menguji kerana kita adalah makhlukNYA...

suka saya memetik bait kata2 Rabi'atul al-Adawiyyah yang cuba digandingkan antara ikhlas juga ujian:

"ikhlas itu,bilamana ditimpa satu ujian,kita lupa akan ujian itu melainkan ingat padaNYA semata,seperti mana lupanya wanita2 mesir bahawa tangan mereka telah luka akibat melihat kecantikan wajah Yusuf yang sungguh mempesonakan"

dan,bila mana kita peroleh sesuatu ,jangan mudah membenarkan fikiran juga hati menerawang terbang ingin mendapat pujian,kononnya bijak sungguh juga hebat sungguh aku hingga peroleh ini,itu..ini itu dan ini,aduhai lagi zalim kita.walhal itu semua daripada DIA.seharusnya nikmat2 itu semkin menambah ketaatn kita padaNYA,kerana tetap sahaja Dia memberi kurnia walaupun baru sebentar tadi kita lupa padaNYA.perlu ditebalkan rasa malu itu,kerana kita hanya menggunakan sedang yang memberi kudrat,keinginan dan segala2 proses rasa untuk menikmati suatu nikmat itu juga adalah atas pemberian juga izinnya DIA...alangkah lemahnya kita,alangakh kosongnya kita...dan sekali lagi suka saya memetik kata2 dari buku Mencintai Allah,imam Sheik Mutawally Assya'rawi

"jika kamu peroleh sesuatu itu bukanlah kerana kamu layak mahupun berhak keatasnya,melainkan sebagai tanda kekuasaan juga anugerah daripadaNYA"

insyaalah kita cuba manfaatkan setiap detik dalam mensyukuri nikmatNYA sekaligus menambah ketaatan padaNYA.sesungguhnya dalam kekalutan kita ini,Dia tahu kita amat perlukan segala semangat,kerajinan,tumpuan,kemudahafahaman dan segala2nya yang kita rasa perlu dalam menghadapi situasi ini...Dia sentiasa tahu,malu rasanya untuk meminta...maka ekspresikan melalui ketaatan kita...insyaalah...

salam mujahada juga salam muhasabah dalam setiap detik perbuatan...


No comments:

Post a Comment