Photobucket

Tuesday

Rabi'ah dan alam akhirat


Masyarakat kini sudah tahu sebab2 kengganan Rabiah untuk berkahwin.mereka kini tidak lagi hairan dan bertanya-tanya kerana mereka sudah mengerti kesibukkan Rabiah yang luar biasa terhadap negeri akhirat.Namun di majlis2 yang diadakkannya masih sering ditanyakan orang tentang perasaannya terhadap Allah,tentang kekuathirannya dan kecemasannya tentang sedikitnya ia berdoa sedangkan doa adalah suatu ibadah juga.

pernah suatu hari salah seorang yang menziarahi Rabiah bertanya

"Wahai Rabiah,bagaimanakah hubungan anda dengan Allah di dunia?"

menjawab soalan itu Rabiah berkata

"seperti hubungan tamu dengan tuan rumah,seorang tamu tidak perlu bersusah payah tentang persiapan dan layanan,kerana yang punya rumalah berkewajipan memuliakkan serta melayan tetamunya."

orang tadi berkata lagi

"mengapa anda tidak mengemukakan masalah anda langsung kepada Allah dengan berdoa? bukankah Allah menyuruh kita supaya berdoa dan menjanjikan akan memperkenankannya?."

Rabiah menjawab

"saya merasa tidak perlu sibuk melakukan hal seperti itu.lagipun buat apa saya bersusah payah untuk itu,sedangkan saya telah dijaminNYA.Dia lah yang paling mengetahui rahsiah saya dan Dia lah juga yang lebih mengerti apa2 yang belum kuucapkan kepada seseorang."

salah seorang yang hadir di majlis itu bertanya pula

"anda seornag yang banyak menangis,tetapi anda seolah2 tidak mengasihi diri anda,kenapa?."

"orang yang memaksakan dirinya bekerja keras ketika di dunia akan beroleh nikmat dan kasih sayang kelak pada hari kiamat."jawab Rabiah

"anda tidak pernah berhenti bersedih dan berdukacita,wahai Rabiah apakah yang menyebabkan anda demikian?" tanya ornag itu lagi
"hal yang mendukacitakan dan menyedihkan saya adalah kerana saya tidak tahu sama ada Allah meredhai atau memarahi saya" jawab Rabiah

"sesungguhnya selama ini kami melihatmu seperti orang terbuang,dari manakah asal anda,wahai Rabiah?" tanya mereka

"saya dari negeri akhirat!" jawab Rabiah ringkas

"dari negeri akhirat? lantas kemana anda menuju.?"tanya lagi

"saya mahu ke alam akhirat!"

"apa yang anda perbuat di dunia ini?"

"saya bermain2 sahaja terhadap dunia?"

"apa maksud anda?"

"saya makan roti dunia,tapi saya beramal untuk akhirat!"

Kalau kita fikirkan agakendalam apa yang dikatakan Rabiah tadi,bahawa ia datang dari akhirat dan akan pergi ke akhirat,jelaslah kita bahawa Rabiah sudah sampai di puncak keimanan.mata hatinya sudah dapat menyaksikan ahli syurga dan ahli neraka.selama kedua2 hal ini sentiasa membayang di hadapnnya,maka sebenarnya ia sudah tidak asing lagi dengan dua perkara yang orang lain tidak dapat melihatnya...


Sumber: Rabi'atul Adawiyah dan cinta,tulisan Abdul Mun'im Qindil

No comments:

Post a Comment