Majlis yang diadakan Rabi'ah merupakan majlis yang secara langsung menggerakkan hati dan mendidiknya,meningkatkan kewarakkan,menyuburkan ketakwaan para pendengar dan hadirin.orang yang menghadiri majlis yang diadakkan beliau bukan calang2 orangnya,antara ulamak terkenal ialah seperti al-Hassan al-Basri, Sofyan al-Thauri,Malik bin Dinar ,Abdul Wahid bin Zahid dan banyak lagi ulamak serta fuqaha'.
Antara ajaran Rabiah ialah "apabila seseorang benar2 taat pada Allah,maka Allah akan memperlihatkan kepadanya pokok2 amalan yang membuatnya sibuk denganNYA,dan mengenepikan persoalan dunianya."
mengapa? Kerana apabila seseorang masih terdinding kepada tuhannya,adalah petanda bahawa di hatinya masih tersisa sedikit keinginan terhadap hal keduniaan.tetapi manakala hatinya sudah kosong daripada pengaruh anasir luar dan ingin menunjuk2 ketika ini dirinya sudah bersiap untuk menemui rahsia2 serta bersedia memasuki "Musyahada" atau penyaksian.
Rabiah cuba bertanya kepada ahli majlis
"mengapa anda menyembah Allah?"
"kerana saya takut akan api neraka"jawab orang yang ditanya
"mengapa anda menyembah Allah?" tanya Rabi'ah kepada seorang lagi ahli majlis.
"saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk syurgaNYA" jawab orang tersebut
Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata "Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!"
Rabiah terdiam seketika,seolah2 kecewa mendengar jawapan mereka.kemudian dari bibirnya keluar satu soalan
"sekiranya syurga dan neraka tidak ada,apakah kamu tidak menyembah Allah?"
Hadirin sekalian berpandangan sesama mereka.tidak menyangka kalau2 pertanyaan itu dikemukakan oleh Rabi'ah.agak lama tiada seorang daripada mereka yang berani menjawab.salah seorang daripada mereka memecah kesunyian dengan bertanyakan soalan kepada Rabi'ah.
"jika demikian,tolonglah jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?"
"saya menyembah Allah adalah keranaNYA.nikmat yang DIA anugerahkan kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembahNYA".
Sesungguhnya kecintaan serta kerinduan Rabiah kepada Allah membawanya kepada penyembaahn kepada Allah dengan penuh ketaatan.oleh demikian Rabi'ah menyembahNYAtidak hanya dengan tubuh badan,tapi juga dengan hati jiwa,perasaan juga fikirannya.
Bagi Rabi'ah menyembah itu bukan hanya ketika dalam jaga,tetapi juga dalam tidurnya.kerana hatinya selalu mengingati Allah,sedang naik turun nafasnya sudah menjadi pernyatan ketundukkannya dan doa.
Rabi'ah begitu rajin dan ikhlas dalam penyembahannya,kerana ia sedar dan tahu bahawa bila2 masa Allah boleh memanggilnya.manakalah setap ali ia mendengar azan berkumandang,ia teringat seruan yang bakal berlaku kelak pada hari kiamat, dan cuaca panas di negeri Basrah pula mengingatkan Rabi'ah akan kepanasan yang akan terjadi di Masyhar.Rabiah pernah mengatakan " setiap kali saya mendengarkan alunan azan dikumandangkan,saya teringat suara yang akan diserukan pada hari kiamat kelak dan tiap kali musim panas tiba,ingatan saya tertuju pada hari kebangkitan.begitu juga ketika saya melihat musim sejuk,ais yang memutih berjatuhan dari langit,membuat saya teringat kepada peristiwa diturunkanNYA pembukuan amalan manusia,catatan amal baik mahupun buruk."
Beberapa ulamak besar pernah menziarahi Rabi'ah untu membincangkan masalah "keikhlasan".mereka yang dimaksudkan ialah Malik bin Dinar,al-Hassan al-Bashri dan saudara kandungnya al-Balkhi.pada pertemuan itu Hassan al-Bashri memulakan percakapan
"orang yang tidak sabar menanggung ujian Allah,maka belum lagi ia dianggap benar dalam pengakuan"
"itu adalah tipu daya" kata Rabi'ah
"orang yang belum bersyukur atas ujian Allah,ia belum lagi dianggap benar dalam pengakuannya" kata saudaranya al-Balkhi.
"ada lagi yang lebih baik dari itu" Rabi'ah menjawab
"orang yang belum merasa nikmat menerima ujian Allah ia belum dianggap benar dalam pengakuannya" sambung Malik bin Dinar.
"ada lagi yang lebih baik daripada itu" Rabi'ah berteriak
kemudian ketiga2 ulamak itu berkata kepada rabi'ah
"kalau begitu katakanlah kepada kami bagaimana yang anda maksudkan" lalu rabiah menerangkan "orang yang masih ingat dan merasa cubaan yang sedang menimpanya belum lagi dikatakan terbaik.yang terbaik ialah orang yang lupa segala2 kecuali Allah ketika ujian itu datang,seperti lupanya wanita2 Mesir bahawa tangan mereka telah luka ketika menyaksikan ketampanan wajah Yusuf"
Rabi'ah dapat melihat kebesaran Allah dan merasainya pada tiap2 sesuatu yang dilihat oleh dua matanya atau terlintas dalam hatinya atau yang terbayang di benaknya.ia terus menerus dalam penyaksiandan pengabdian seperti ia dalam keadaan jaga.titik2 keduniaan tidak dapat menembusi benteng imannya dan tidak ada seorang pun mampu merenggangkan hubungannya dengan tuhannya.pada suatu hari Rabi'ah ditanya oleh seseorang
"anda sungguh bijak dalam bicara,tidakkah anda lebih sesuai menjadi penjaga Ribat (tempa orang2 sufi yang miskin)?
"memang sejak dulu saya adalah penjaga RIbat,kerana tidak tiap2 sesuatu saya izinkan keluar dari hati saya dan tidak semua yang ada di luar saya biarkan masuk kedalam batinku" jawab rabi'ah ringkas...
insyaalah akan bersambung....1
dipetik daripada buku Rabi'ahtul al- Adawiyah & Cinta,Abdul Mun'im Qindil
DISTORSI
-
Pada dasarnya orang tidak sepenuhnya menolak keberadaan Tuhan, pada umumnya
kalangan atheis atau agnostik bingung dengan berbagai konsep Ketuhanan yang
beg...
1 week ago
No comments:
Post a Comment