Photobucket

Thursday

Bicara Mereka

"nti ana tak faham,bagaimana cinta itu boleh dikogsi antara Allah dan hambaNYA.ana teringin bulatkan hati hanya kepada Allah...tapi ana terfikir itu seprti ana mementingkan diri sendiri...sepatutnya juga kita fikirkan untuk generasi akan datang...ana tak tau lah...ape yang Allah aturkan ini semua...cinta itu pemberian DIA,diri kita pun dari DIa.Teringin nak pulangkan semua tu untuk DIA..."

Dia tersentak.menafsir,alangkah sahabatnya itu...di mana tahap dia?luhur sungguh perasaan itu.dia mengluh sedikit.bagaimana hendak di balas mesej sahabatnya itu.takut,bimbang...."jika seseorang murid mahupun seorang mursyid mengatakan sesuatu yang belum sampai tahapnya,dan dia belum mencapainya,Allah sesekali tidak akan memberi padanya" samar2 jelmaan bait2 kata dari lembaran kertas,pandangan golongan sufi.

dia tidak punya jawapan.dia tidak tahu bagaimana hendak menyatakan pandangannya.kerana persoalan itu juga prnah menganggunya.namun,dia bersyukur,sahabat itu membangkitkan lagi persoalan yang pernah diabaikannya dulu.dia mencari jawapan di sebalik lapisan qalbunya,cuba mengesan apa yang dirasa oleh hatinya dengan persoalan itu.dicapai hend setnya semula...

"diandaikan 100 cinta Allah,hanya 1 yang ditabur pada seluruh makhlukNYA.dari setitik itu,bertautanlah kasih sesama makhluk.ana jahil dalam ilmuNYA,tapi ana melihat cinta Allah letknya pada tempat yang tinggi dalam jiwa manusia.tapi ana hanya menghirup tempias cinta DIa yang jatuh kebawah,kalau kita mendongak kepala dari mana sumber titisan manis tu,semakin membengkak cinta kita di dalam,kerana telah jumpa lubuk cinta sebenar.ana pun nak serah semuanya pada Allah,keperibadian Rabiah jadi suntikan.tapi kadang malu,sebab hanya menghayal sedang jasad masih tidak cukup mampu untuk amal semua ibadah.mesti ada jawapan"

"nti,ana sembang dengan tuan guru tadi,lebih sejam.alhamdulillah semua persoalan dah terjawab."

perasaannya terpukul lagi.mengusik2 ketenangan lubuk dihatinya.padahal,ujian tadi baru slesai ditempuhnya,tidak sedikitpun memberi kesan pada hatinya.lantas dicapai tali penghubung mereka.tut...tut...tut....

"nti,alhamdulillah tahnia,prsoalan nti dah terjawab." ada sekelumit rasa rindu pada sahabatnya itu.ingin sahaja ditangisi jarak yang menjadi pemisah mereka.

"betullah nti,disebalik mimpi punya banyak mesej yang cuba disampaikan.alhamdulillah,banyak persoalan yang terjawab..."

"nti mai la pie sini,ana nak sembang dengan nti.tak seronok sembang melalui phone,rasa macam disetiap sudut ada je orang dengar.malu la..."

dia tergelak.sebak dadanya menahan rindu.sahabat yang brkongsi rasa dalam perjalanannya sebagai salik.sahabat yang menimbulkan banyak persoalan yang siring diabaikannya.pernah di suatu lewat perbualan...

"nti,ana rasa nti dapat rasa apa yang ana rasa...waktu nti send mesej tu dekat ana,perasaan ana kacau sangat..."

sentiasa sebak mendengar luahan sahabtnya itu.

teringat dia pada lembaran cerita sejarah sufi aggung pujaannya,Rabiah dan sahabat karibnya Hayunna.kedua2 sahabat itu punya rasa yang sama dengan tuhan mereka.kecintaan yang sungguh dalam,saling berlumba2 beramal ibadah,menjadi teman dalam berkongsi ilmu2 rohani.merasa kemanisan persahabatn yang luar biasa bagi kdua2 gadis pilihan Allah itu.

Dia cemburu pada jiwa2 yang benar cinta padaNYA.

alat penghubung itu,menjadi wasilah rasa antara dua sahabat.

"nti,apa pendapat nti pasal ketenangan abadi?"

sekali lagi dia tidak punya jawapan.bagaiman perlu dia ekspresikan rasa itu.sungguh jika 'abadi' tidak layak kiranya dia menerima.kerana melihat jiwanya yang masih 'miskin'.

"oh sahabat ana,ana tiada jawapan untuk yang 'abadi'...ana belum sampai ke situ dan takut mengatakan sesuatu yang belum tercapai.tapi ana cuma boleh 'meng-kata-kan' tenang bagi hamba yang masih di taraf daif macam ana.tapi satu kurnian yang cukup besar...'perasaan itu datar...ingatan padaNYA yang dalam,merasa ada penglihatan yang cukup luas lagi berkuasa,yang seandainya kita sambung ingatan ditambah dengan kesedaranNYA,maka satu rangkulan tenang seolah memegang lembut kotak rasa...'Andai tenang menjadi matlamat,berhati2 dengan kejernihan ketaan...Nti,bagaimana nti cuba ikhlas dalam ibadah,dalam menyembur ketaatan?"

dunia seolah hanya untuk itu.hanyut dalam prsoalan2 yang menjadi hijab mreka dengan Khalik mereka.mencari disegenap ruang rasa,suatu prasaan yang mengaibkan...bak bait syair Rabiatul al-Adawiyyah:
"kucintai Engaku,wahai Kekasihku,dengan dua cinta
Cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku
Dan cinta yang memang Engkau brhak atas cinta diriku
Adapun hasrat yang mendorong cintaku kepada diriMu
membuat diriku masyhgul berzikir dan mengingatiMU
sedangkan cintaku yang Engkau memang berhak atasnya
menuntun diriku,untuk mnyelak tirai penghalang dariMU
Agar aku dapat melihat wajahMU
Wahai Kekasih...maka,tiada pujian yang layak diterima,untuk dan demi diriku
Namun,segenap pujian,adalah untuk dan demi DiriMu semata"
(sumber: Kisah Cinta Dalam Al-Quran.Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)

"telusurilah hidupmu,dalam keadaan hatimu yang lunak terhadapNYA.namun jangan kau paling wajahmu dari mereka,kerana keredaan Allah itu kau tidak tahu pada perbuatan mu yang mana.jesteru,lihatlah jua mereka,kau harus dekat pada mereka"

No comments:

Post a Comment