Photobucket

Friday

Bicara Mereka (2)

"syukran nti...betul kata nti sebelum ni...bilamana ujian datang,kemudia kita sabar disertai doa...nikmat yang diperoleh lebih disyukuri...keadaan sekelililng sering mengalpakan kita, jadi penting untuk kita bermuhasabah hubungan kita dengan Allah.mengosongkan hati selain dariNYA,tak mengharapkan sesuatu kecuali yang disukaiNYA,adalah suatu tanda cinta kita padaNYA"

jawapan sahabatnya untuk soalan semalam yang ditanya.menerima dalam keadaan jiwanya yang sesak.kisah Rabiatul Al-Adawiyyah yang cuba ditelusuri semalam,semakin menyesakkan hatinya.dia tidak mampu berbuat demikian.tidak ada kekuatan untuk menjejak idolanya itu,ditutup lembaran sejarah srikandi itu dengan sedikit helaan nafas yang pasrah.dia teringat akan sahabatnya...sedikit dia merasa sedih,pasti dia tidak dapat seiring dalam perjalanan ini,lantaran melihat dirinya yang lemah.

di subuh yang hening,jawapan dari sahabatnya itu,membuatkan perasaannya semakin merundum,dia melihat sahabatnya itu terus kedepan sedang dia melencong ke arah lain.ada sesutau yang silap disana.kemudian diluah segala rasa yang menghimpit,ia cuba bebaskan segala keaiban dalam dirinya.ada sesuatu yang dia tingalkan dibelakang,perlu rasanya dia kembali.dia meneliti,disebalik jawapan sahabatnya.baru ia sedar,syukur itu yang tertinggal.dia perlu berpatah balik.

":-) nti, hebat kan Rabiah.makin ana baca kisah hidup dia,makin sesak dada ana.tingkat dia terlalu tinggi,dan tak layak sungguh mencontohi dia, tak mampu...rasa diri hipokrit.tapi ana rasa ringan hati,bila nak sembah Dia sebab ana hanya hamba.belum cukup syukur ana pada Allah,tapi sudah berani katakan cinta.malunya,macam tak sedar diri.cinta itu hanya dilafaz dan sekadar ditampal kemudian hilang bila diuji,sepatutnya tawakal lebih mantap,tawaduq hebat.hipokrit tak? Nti teruskan suluk.hati nti bersih dan sesuai jadi kekasih,ana kotor,sesuai jadi hamba je hihi.sayang si salik :-)"

satu kenyataan yang dia sendiri binggung.bagaimana harus dia ikhlas untuk menyembahNYA.dari pagi hening itu hinggalah ke waktu dhuha,fikirannya trganggu dengan kenyataannya sendiri.ditambah dengan respon dari sahabatnya yang belum ia terima.dia tertanya.mengapa tiada balasan.selalunya ada sahaja jawapan pantas dari sahabatnya itu.risau mula menghantui.dia bertanya sendiri,adakah dia juga terganggu dengan kenyataan itu.selesai khidmat diri,dicapai hend setnya...

"Nti :-( jangan susah hati dengan kenyataan ana ye.cantik pandangan nti "hanya melakukan apa yang Allah suka,itu menunjukkan cinta kita padaNYA" betul! sangat cantik :-) cinta Rabiah pada Allah sangat tinggi, sampaikan dirinya sendiri sudah tidak terurus,rindunya menuntut dia terus sujud,terus beribadah tanpa putus.setiap kali sujud mesti tidak lepas dengan air mata,dia tidak merasa terpaksa dalam berkorban,rindunya sangat melebam.tinggi kan...kita baru ditahap baru ingin mengenalinNYA,baru dalam proses menundukkan nafsu....untuk :-), UNTUK MENGEMIS KASIHNYA...masih jauh..."

benar,jika ia lihat,perjalananya masih jauh.belum layak merasa apa yang telah dicapai oleh idolanya itu.jika benar rasa itu,rasa cinta pada sang Khalik,pasti tidak ada keluh kesah dalam mengerjakan segala amal ibadah.takut hipokrit menguasai sedang dia terus dalam ketidaktahuan.dia biarkan seketika perasaan sahabatnya,mesti dia terganggu lagi dngan kenyataannya.mereka sebelum ini,cuba mengembara dengan kenderaan cinta padaNYA.mereka masing2 mengungkap untaian itu.mereka saling mengintrpretasikan maksud istilah itu.namun dia merasa sahabatnya pasti merasa hakikat yang sebenar akan untaian itu,namun tidak bagi dia.dia merasa hipokrit andai terus berjalan dengan kenderaan itu.dia bertekad,hendak kembali mengutip lembaran2 nikmat yang terlepas pandang dibelakang.sunguh dia merasa bersalah,mengejar sesuatu yang tidak ada dalam hatinya,sedang menangis sendirian ditingalakan apa yang perlu dibawanya dibelakang.sungguh dia memohon maaf pada sahabatnya itu,mungkin ia telah mengusarkan hatinya.jawapan masih ia belum terima.dia berserah,mungkin sahabatnya juga cuba mencari sesuatu yang hilang.

"enti,doakan ketenangn ana...ana tak mau walaupun ia suatu kebaikkan,takut2 akan melalaikan ana..."

hatinya tersentuh dengan permohonan sahabatnya itu.dia tidak punya apa2,malunya pada kahaliknya sahajapun belum ditampal.namun kenyataan sahabatnya itu sedikit menyedarkan ia,ia perlu bersyukur.Allah beria] satu kurniaan yang cukup besar baginya.ketika ia melihat lambakkan buku akedemiknya dihadapan,lintas satu persoalan.bagaimana dia boleh memahami apa yang ia pelajari.teringat dia akan tazkirah dari satu laman,setiap hari Allah memberi nikmat kepada hambaNYA,lantas menanti dengan penuh sabar,kalau2 ada sdikit rasa syukur padaNYA.Dia beri banyaknya nikmat pada hamba2NYA,hanya ingin hambaNYA kenal akan dia,bersyukur akan DIA...dia terbayang bagaikan seorang dermawan yang kaya,namun cukup merendah diri,memberi sesuatu kepada seseorang.bukan mengharap pujian,juga bukan mengharap balasan,namun cukup kalau dihargai.namun orang yang diberi itu terus berpaling,melonjak2 kegembiraan setelah mendapat apa yang diingini,kemudian berlalu tanpa ada sekelumit pun untaian terima kasih.bgitulah dia merasa akan dirinya.sungguh zalim,sungguh berani ia perbuat begitu pada Khaliknya.dia tidak tahu malu andai dia seperti itu.satu pandangan juga pengertian yang cukup bermakna buat dirinya.ia mengadu dalam sendu,malunya akan dia,pada khaliknya.Allah begitu sabar menanti hambaNYA syukur juga kembali padaNYA,namun dia berpaling dengan egonya...malu dia akan Allah...balasan sahabatnya itu diteliti,ingin diberitakan perulnya syukur pada khalik mereka

"nti...nti cantik,jiwa nti lunak,akhlak nti indah,dan semua yang ada pada nti sangat indah...tapi ana tau,tu bukan milik nti...ana sangat kasihan pada kita,tapi Allah Maha Hebat,Bijaksanannya DIA.Allah beri kita banyak nikmat,dan Dia tunggu,ada tak rasa syukur kita?ana malu,kalau dapat satu nikmat,ana bangga...mesti Allah sedih....zalim sungguh kita.cuba kita tengok dalam2,setiap saat yang berlalu,nikmat Dia tidak putus.nak menggerakkan satu jari itu pun satu nikmat dari DIA.Dia tengok,perhati kita,selidik hati kita,mesti Dia mengharap ada sedikit sedar di hati kita,tapi yang ada...bangga,takabur,riyaq! zalimnya kita..."

balasan seperti sebelumnya,belum diterima.dia berserah,moga sahabatnya itu memahami apa yang cuba ia sampaikan.


selembar bicara2 mereka di pagi hari.kemudian sisa masa seterusnya dilalui dengan rutin biasa.dia menumpu perhatiannya semula dengan tuntutannya sebagai pelajar,dan sahabatnya menumpukan pulak dirinya pada perjalanan suluknya.tidak ditahu perasaan kedua sahabat itu.hanyut mereka dalam persoalan2 aib yang menjadi hijab mereka dengan tuhan mereka.petang pun datang mengantikan si tengah hari.patuh mreka mengikut aturan tuhan mereka.ternyata dua sahabat itu tidak kendur lagi jiwa mereka untuk bicarakan soal tuhan mereka.saling berbalas kata yang menyubur ingatan juga ketaatan mereka pada tuhan mereka.

"diri ana yang ke dua...hihi,nti adalah diri ana ke dua,sumber nasihat dan pandangan ana...macamna nti bersabar? dan bagaimana itu sabar :-) dalam buku sheikh Mutawally as'syarawi,sifat seorang pencinta ialah seperti Rasulullah yang sabar.sabar menahan diri dari mengeluh dan murka,menahan lidah dari mengadu serta menahan anggota badan dari kegelisahan.sabar ada tiga,sabar dalam mentaati Allah,sabar dalam tidak berbuat maksiat dan sabar atas ujianNYA..."

"untuk nti sayang :-) Allah beri lagi sesuatu untuk kita petang ni "mengenal nikmat Allah adalah dengan jalan menghadirkannya dalam ingatan,menyaksikannya dan mengistimewakannya sebagaimana yang telah ia peroleh.mnerima nikmat itu dengan menampakkan kefakiran dan keperluan kepadaNYA dan bahawasanya ia memperolehnya bukan kerana ia layak dan brhak atasnya,namun kerana kebaikkan dan luasnya anugerahNYA" (adapun nikmat tuhanMU beritakanlah,ad-duha:11)"

satu pandangan indah yang ia peroleh di sepetang itu.pemahaman juga pengetahuan yang cukup menyentuh hatinya,seolah Allah telah memberi jawapan kepada persoalannya,bagaimana hendak brsyukur,bagaimana hendak merasa syukur itu.

"ana rasa ana tak de pape...tapi kenapa ada orang tertentu mengatakan ana ada nilai baik...ana mintak jauh dipuji...ia nikmat halus yang boleh memuderatkan rasa lazat...enti ada beli buku mencintai Allah karya Imam Mutawalli Sya'rawi?"

setahu ia,tidak pula dia katakan tajuk buku yang menjadi sumber rujukannya,hanya nama kpada pengarang buku itu.dia tertanya bagaimana sahabatnya mengetahui.

"nti,tak boleh juga kita tolak apa yang Allah beri,tapi Allah lebih teliti dalam melihat hati enti.Insyaalah buku tu jadi salah satu buku motivasi ana.Mencintai Allah...Sheikh Mutawally Sya'rawi..."

"nti,buku tu ana beli juga,ana bawa suluk ni...kikiki....satu citarasa ye..."

tergelak dirinya,syukur tidak terhingga.rasa sayangnya pada sahabatnya itu semakin bertambah2,rindunya semakin meluap2.cinta pada seorang sahabat,kerana cinta dari Allah.

"huhu ye ke...Alhamdulillah,kita mendapat bukan kerana layak,tapi kerana kebaikkan dan luasnya anugrahNYA m/s 86 hihi :-) "Ya Allah sungguh ku sayangi sahabatku ini" hihi tu la kelebihan orang bulan 11...huhu"

"Ee...perasannya :-P Ana hari ke 11...kikik...tumpang bangga ;oD "

" :-O hoho ambik la semue,ana tak kesah ^_^ hihi cumil dak? Nti bila nti beli buku tu,ana 16/2/09.Rabiah ada seorang sahabat karib,Hayunnah.Hari2 topik perbualan mereka berkenaan Khalik mereka.sibuk mengintip aib diri yang menjadi hijab dengan Kekasih mereka. ^_^ ana gmbira,ada sahabt seperti Rabiah,jadi ana tak perlu cemburu dengan Hayunnah,ana ada photocopy Rabiah..."

"buku tu ana beli masa pi kuliah tok guru hari jumaat bulan ni juga...nti mendahului ana...ewah2...ana ni fotocopy je..."

dia trsenyum gembira.perlu menjadi satu sumber syukurnya.diberi sibuk memikirkan hal tuhan mereka.

"manusia tidak punya apa2,melainkan apa yang Allah kurniakan.dan apa yang Ia kurniakan pun juga bukan kerana kerana layaknya dan berhaknya hamba itu menerima,hanya sebagai menjadi peringatan bagi mereka yang sedar akan kekuasaaNYA.Allah memberi apa yang Ia rasa perlu bagi manusia.Allah mengetahui apa yang manusia perlukan.manusia hanya menjadi pengguna,dan hanya diuji akan apa yang telah diberi.zalim andai bangga,riyaq,sombong dan takabur dengan harta dan nikmat itu.walhal ia punya bayaran yang ramai tidak ampu membayarnya.ketaatan,kepatuhan dan pengorbanan,perlu dikembalikan kepadaNYA yang Hak.itu pula HakNYA ke atas kita.solatmu,adalah Hak Allah,jesteru perlu kau kembalikkan hak itu padanya.jika kau lihat nikmatNYA yang berterusan,pasti malu kau padaNYA,pasti kau tundukkan wajahmu juga hatimu,lantaran tidakkan mampu kau membalas walau sedikit cuma.jesteru bagaimana perlu diberikan hak itu padaNYA,sedang kita juga tidak punya kudrat jika bukan dariNYA...kita tidak punya apa2 bukan.tika kau berhadapan denganNYA,perlahankan langkahmu,bila kau semakin hampir pada tikar sejadahmu.tundukkan kepalamu.kau ingin berserah diri kepada tuhan yang beri kau banyak nikmat.jika kau lakukan solat,malula tidak mungkin mampu membalas sedikit pun pemberiannya,tidak dapat kau balas jasanya walau barang sedikit.Rabiah yang zuhud juga telah dalam cintanya sahajapun,malu dan takut,solatnya akan dileparkan semula kemukanya...tanda tidak diterimaNYA...dapatkah kau tentukan solatmu diterima mahupun tidak.sudah kau tidak mampu membalas nikmatnya,tidak ditrima lagi solat mu...Allah itu maha pengasih,Allah itu maha mendengar,Dia dengar tawaduqmu,dia rasa kehamdaanmu...laksanakanlah solatmu dengan penuh rasa hina diri...kerana kau tidakmampu balas jasanya,kau tidak tahu solatmu diterima mahupun tidak"

No comments:

Post a Comment