Photobucket

Tuesday

perlu bagaimana....

HabluMinallah......HabluMinannas.......HabluMinannar........huu!!!....

yang mana prioritasnya?sudah tentu Allah.namun hati mereka bagaimana? habluminannas.....Habluminannar,insyaalah boleh sahaja di praktis.

bagai cangkuk yang menyangkut di segenap lebaran bahu.ingin menuju jalanNYA dengan penuh ketenangan,namun ditarik kuat oleh tangunggan2 di belakang.

kehidupan rumah tangga,satu tanggungan yang amat berat.menemui jalanNYA y indah disaat2 situasi itu,memikul pelbagai rintangan bahkan lebih besar.

bagaimana agaknya???

si salik berusaha mencukupkan keperluan zahir untuk keluarganya.setelah dikira cukup,lantas dia mengembara lagi.berjalan,mencari lagi ilmuNYA yang luas....

dia kira,sudah cukup keperluan yg diberi.kerana baginya,itu tangunggan dunia semata,sedangkan dijadikan ia,mengerti...hidup ini untuk mengabdi padaNYA...namun ada mereka yang terguris tanpa sedar.hatinya kurang peka lagi pada jritan2 batin insan...yg dia tahu,cukup memberikan keperluan yang seharusnya.kemudian kembara lagi.

jiwanya sudah hanyut pada satu perjalanan menuju illahi,rindunya sperti rindu para pujangga juga pemujaNYA...dari bait kata mereka shj sudah tergambar kecintaan yang dalam pada yang ghaib di pandangan mata,namun jelas indahnya di basirahnya...sungguh mereka tidak akan mengerti...merasai lautan ksaih yang dicurahkan olehNya pada jiwa2 salik.

si salik...terus mengembara,tidak didengar jeritan2 batin yg ingin ditemani,yang ingin dilayan,yang ingin difahami,kerana baginya hatinya sendiri belum cukup untuk menampung perhatiannya pada sang pelebur rindu di hatinya.dia tidak lagi peduli apa jiwa2 diluar sana katakan,yang dia tahu,hanya ingin dijaga sahaja pandangan Kekasihnya terhadap dirinya...
mungkin sisalik berbunyi...

"wahai kekasihku...aku diirih,aku dikata2,aku dipandang serong oleh mereka diluar sana,kerana ingin prtahankan kasihku padaMU.aku cuba cukupkan kperluan mereka,dari rezeki yang kau kurniakan.selebihnya aku serahkan padaMU,dan izinkan aku mlayari bahtra samudera cintaMU.jangan biar tuntutan mereka memesongkan perhatianku padaMU.aku takut ya wahai Kekasih,andai terleka ku sedikit dariMU...bagaimana harus kujelaskan pada mereka?bagaimana ku harus katakan pada mereka....wahai kekasih yang memiliki segala kerajaan,juga kerajaan hati manusia,damaikan hati2 mereka yang kutinggalkan dengan titisan embun cintaMU.aku tidak punya kuasa untuk damikan hati mereka.jika hadirku itu yang mereka perlu,sesungguhnya tetap hatiku padaMU.sama keadaanya badan tak bernyawa...daripada aku bagaikan mayat dihadapan mereka,lebih baik aku mayat dihadapanMU...lebih dekat denganMU....wahai Kekasih...peliharalah mereka,biar ada skelumit kasih ku pd mereka,namun kasihku hanya ingin mereka cinta padaMU jua...moga Kau memelihara mereka.izinkan aku untuk terus mengembara"

bagaimana perjalanan hidup golongan sufi? tingkat makrifatullah itu mrupakan tingat spritual yang tidak terjangkau pada lintasan jiwa manusia,melainkan mereka hamba2 yang terpilih.

orang yang telah mencapai makrifatullah dikenali sebagai orang Arif.ornag Arif ini pula terbahagi kepada dua golongan iaitu Arif yang Naqis dan Arif yang Kamil.Arif yang Naqis berada dalam keadaan fana,jasadnya dibumi,jiwanya di alam malakut.yang dilihat hanya keindahan Allah Azzawajallah...sedang Arif yang Kamil adalah mereka yang keluar dari fana dan duduk dalam alam hikmah.maksudnya alam hikmah ialah hikmah suruhan dan larangan Allah atau hikmah AHKAM SYAR'IYYAH (HIKMAH BERBAGAI HUKUM SYARIAT)

Ilmu dan kefahaman adalah termasuk dalam perkara kasbiy iaitu usaha dan ikhtiar hamba.sedang hakikat dan makrifah adalah termasuk dalam perkara wahbiy atau kurnia Allah terus ke dalam hati seseorang yang dikasihi dari kalangan hamba.makrifah inilah yang dimaksudkan dengan ilmu ladduni

(sumber :makna dan kedudukan syariat,tarekat hakikat dan makrifah oleh Dr Hj Jahid Hj sidek al-khalidiy)

No comments:

Post a Comment