Photobucket

Wednesday

pujuk diri dengan cinta

wahai diri, dihatimu ada apa? adakah nama Tuhanmu disana,cuba kau selami,kau telusuri rasanya,perjalanannya,sampaikan pemerhatian firasatmu pada lubuk yang dalam...carilah kau nama tuhanmu disana.jika tidak ada,kau harus malu,degupan jantung yang hampir pada hatimu itu masih berdenyut kencang,laju,tertib pada kadar tetapanNYA....jika tidak ada,malulah kau matamu masih cerah memandang sekelilingmu,malula kau tanganmu,kakimu,telingamu,dan seluruh anggota jasadmu masih bergerak dan berupaya melaksanakan apa yang kau ingini...namun keinginan pelaksanaan jasadmu itu adakah untuk tuhanmu??? wahai diri,lihatlah dirimu itu...amatilah...kau kosong tidak punya apa2...jika kau ingin sesuatupun,kau meminta,memohon tanpa malu,walhal hari2mu,saat2mu lengang dari laungan Allah dibenakmu...tidak tahu malu sungguh kau wahai diri!

andai kau perhati sedalamnya,nikmatNYA mencurah2.....
masa yang lengang tanpa namaMU tuhan,tanpa ingatan padaMu tuhan,tanpa pengabdianMU tuhan,tanpa pujian untukMu tuhan,buat hati ini membengkak kerinduan ingin sujud hina diri dalam ibadah khusus untukMU....bisikkan halus mulus syaitan dan iblis sering cuba mencarik2 lapisan kasih yang Kau sadur di hati kecil hamba ini....hapir ianya bocor,bertabur segala mazmumah...namun Kau pukul sedikit hatiku dengan teguran lembut dariMU...aku tersedar,lantas malu menyelubungi...istigfar harus aku pertahankan kerana senjata itu buat syaitan dan iblis laknatullah kecewa...huh! aku tersenyum puas,namun dalam ketawadukan masih mengharap dan terus mengharap pemeliharaanMU....

sekali lagi,andai Kau tawarkan nikmatMU yang tinggi menggunung,luas tak bertepi...izinkan kiranya hamba kerdil ini memilih taat padaMU...itu nikmat yang lebih dari cukup buat hamba ini...

Rabi'ah dan Tarbiyyah Hati

Majlis yang diadakan Rabi'ah merupakan majlis yang secara langsung menggerakkan hati dan mendidiknya,meningkatkan kewarakkan,menyuburkan ketakwaan para pendengar dan hadirin.orang yang menghadiri majlis yang diadakkan beliau bukan calang2 orangnya,antara ulamak terkenal ialah seperti al-Hassan al-Basri, Sofyan al-Thauri,Malik bin Dinar ,Abdul Wahid bin Zahid dan banyak lagi ulamak serta fuqaha'.

Antara ajaran Rabiah ialah "apabila seseorang benar2 taat pada Allah,maka Allah akan memperlihatkan kepadanya pokok2 amalan yang membuatnya sibuk denganNYA,dan mengenepikan persoalan dunianya."

mengapa? Kerana apabila seseorang masih terdinding kepada tuhannya,adalah petanda bahawa di hatinya masih tersisa sedikit keinginan terhadap hal keduniaan.tetapi manakala hatinya sudah kosong daripada pengaruh anasir luar dan ingin menunjuk2 ketika ini dirinya sudah bersiap untuk menemui rahsia2 serta bersedia memasuki "Musyahada" atau penyaksian.

Rabiah cuba bertanya kepada ahli majlis

"mengapa anda menyembah Allah?"

"kerana saya takut akan api neraka"jawab orang yang ditanya

"mengapa anda menyembah Allah?" tanya Rabi'ah kepada seorang lagi ahli majlis.

"saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk syurgaNYA" jawab orang tersebut

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata "Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!"

Rabiah terdiam seketika,seolah2 kecewa mendengar jawapan mereka.kemudian dari bibirnya keluar satu soalan

"sekiranya syurga dan neraka tidak ada,apakah kamu tidak menyembah Allah?"

Hadirin sekalian berpandangan sesama mereka.tidak menyangka kalau2 pertanyaan itu dikemukakan oleh Rabi'ah.agak lama tiada seorang daripada mereka yang berani menjawab.salah seorang daripada mereka memecah kesunyian dengan bertanyakan soalan kepada Rabi'ah.

"jika demikian,tolonglah jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?"

"saya menyembah Allah adalah keranaNYA.nikmat yang DIA anugerahkan kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembahNYA".

Sesungguhnya kecintaan serta kerinduan Rabiah kepada Allah membawanya kepada penyembaahn kepada Allah dengan penuh ketaatan.oleh demikian Rabi'ah menyembahNYAtidak hanya dengan tubuh badan,tapi juga dengan hati jiwa,perasaan juga fikirannya.

Bagi Rabi'ah menyembah itu bukan hanya ketika dalam jaga,tetapi juga dalam tidurnya.kerana hatinya selalu mengingati Allah,sedang naik turun nafasnya sudah menjadi pernyatan ketundukkannya dan doa.

Rabi'ah begitu rajin dan ikhlas dalam penyembahannya,kerana ia sedar dan tahu bahawa bila2 masa Allah boleh memanggilnya.manakalah setap ali ia mendengar azan berkumandang,ia teringat seruan yang bakal berlaku kelak pada hari kiamat, dan cuaca panas di negeri Basrah pula mengingatkan Rabi'ah akan kepanasan yang akan terjadi di Masyhar.Rabiah pernah mengatakan " setiap kali saya mendengarkan alunan azan dikumandangkan,saya teringat suara yang akan diserukan pada hari kiamat kelak dan tiap kali musim panas tiba,ingatan saya tertuju pada hari kebangkitan.begitu juga ketika saya melihat musim sejuk,ais yang memutih berjatuhan dari langit,membuat saya teringat kepada peristiwa diturunkanNYA pembukuan amalan manusia,catatan amal baik mahupun buruk."

Beberapa ulamak besar pernah menziarahi Rabi'ah untu membincangkan masalah "keikhlasan".mereka yang dimaksudkan ialah Malik bin Dinar,al-Hassan al-Bashri dan saudara kandungnya al-Balkhi.pada pertemuan itu Hassan al-Bashri memulakan percakapan

"orang yang tidak sabar menanggung ujian Allah,maka belum lagi ia dianggap benar dalam pengakuan"

"itu adalah tipu daya" kata Rabi'ah

"orang yang belum bersyukur atas ujian Allah,ia belum lagi dianggap benar dalam pengakuannya" kata saudaranya al-Balkhi.

"ada lagi yang lebih baik dari itu" Rabi'ah menjawab

"orang yang belum merasa nikmat menerima ujian Allah ia belum dianggap benar dalam pengakuannya" sambung Malik bin Dinar.

"ada lagi yang lebih baik daripada itu" Rabi'ah berteriak

kemudian ketiga2 ulamak itu berkata kepada rabi'ah

"kalau begitu katakanlah kepada kami bagaimana yang anda maksudkan" lalu rabiah menerangkan "orang yang masih ingat dan merasa cubaan yang sedang menimpanya belum lagi dikatakan terbaik.yang terbaik ialah orang yang lupa segala2 kecuali Allah ketika ujian itu datang,seperti lupanya wanita2 Mesir bahawa tangan mereka telah luka ketika menyaksikan ketampanan wajah Yusuf"

Rabi'ah dapat melihat kebesaran Allah dan merasainya pada tiap2 sesuatu yang dilihat oleh dua matanya atau terlintas dalam hatinya atau yang terbayang di benaknya.ia terus menerus dalam penyaksiandan pengabdian seperti ia dalam keadaan jaga.titik2 keduniaan tidak dapat menembusi benteng imannya dan tidak ada seorang pun mampu merenggangkan hubungannya dengan tuhannya.pada suatu hari Rabi'ah ditanya oleh seseorang

"anda sungguh bijak dalam bicara,tidakkah anda lebih sesuai menjadi penjaga Ribat (tempa orang2 sufi yang miskin)?

"memang sejak dulu saya adalah penjaga RIbat,kerana tidak tiap2 sesuatu saya izinkan keluar dari hati saya dan tidak semua yang ada di luar saya biarkan masuk kedalam batinku" jawab rabi'ah ringkas...

insyaalah akan bersambung....1
dipetik daripada buku Rabi'ahtul al- Adawiyah & Cinta,Abdul Mun'im Qindil

Tuesday

Imam Tarekat Muhammad Baha-uddin Shah Naqshband q.s.

Kidung subuh sang merpati hutan, haru sendu membirukan
Air mataku membangunkan lelapnya, tidurku pun tergugah tangisnya
Tak saling kami mengerti, tatkala saling mengeluhkan
Tetapi ku tahu duka hatinya dan dukaku pun telah dipahaminya

Abul-Hasan an-Nuri
Syah Naqsyband q.s. adalah Samudra Ilmu yang tak bertepi. Ombaknya dianyam oleh mutiara Ilmu Ilahi. Beliau menjernihkan kemanusiaan dengan Samudra Kemurnian dan Kesalehan. Beliau melepaskan dahaga jiwa dengan air yang berasal dari dukungan spiritualnya. Seisi dunia, termasuk samudra dan benua, berada dalam genggamannya.Beliau adalah bintang yang berhiaskan Mahkota Petunjuk. Beliau mensucikan seluruh jiwa manusia tanpa kecuali
dengan nafas sucinya. Beliau menghiasi bahkan setiap sudut yang sulit terjangkau dengan rahasia dari Muhammadun Rasulullah saw.. Cahayanya menembus setiap lapisan ketidakpedulian. Keluarbiasaannya melahirkan bukti terhempasnya asa tertepis dari keraguan hati kemanusiaan. Keajaibannya yang penuh kekuatan membawa kehidupan kembali ke dalam hati setelah kematiannya dan menyiapkan jiwa-jiwa dengan perbekalan mereka bagi kehidupan
spiritual di masa mendatang.

Beliau terpelihara di Maqam Busur Perantara tatkala beliau masih dalam buaian. Beliau menghisap nektar ilmu ghaib secara terus-menerus dari Cangkir Makrifat (Realitas). Segala Puji bagi Allah swt. yang telah mengirimkan seorang mujaddid (yang menghidupkan agama Islam). Beliau mengangkat hati manusia, menyebabkan mereka mengangkasa ke langit spiritual. Beliau membuat raja-raja berdiri di pintunya. Beliau menyebarkan petunjuknya dari Utara hingga Selatan, dan dari Timur hingga ke Barat. Beliau tidak meninggalkan seorang pun tanpa dukungan surgawi, termasuk binatang-binatang liar di rimba raya. Beliau adalah Ghawts teragung, Busur Perantara, Sultannya para Awliya, Kalung bagi seluruh mutiara spiritual yang dipersembahkan di alam semesta ini oleh Hadirat Ilahi. Dengan cahaya petunjuknya, Allah swt. membuat yang baik menjadi yang terbaik, dan mengubah yang jahat menjadi baik.

Beliau adalah Guru dari tarekat ini (Tarekat shah naqsyabandy) dan syekh dari Mata Rantai Emas serta merupakan pembawa alur Khwajagan yang terbaik. Beliau dilahirkan di bulan Muharram pada tahun 717 H/1317 M, di desa Qasr al-`Arifan, dekat Bukhara. Allah swt. menganugerahkannya kekuatan-kekuatan ajaib di masa kecilnya. Beliau telah diajari rahasia tarekat ini oleh guru pertamanya, Sayyid Muhammad Baba As-Samasi q.s. Kemudian beliau diberikan rahasia dan kemampuan dari tarekat ini oleh Syaikhnya, Sayyid Amir al-Kulal q.s. Beliau juga merupakan Uwaysi dalam hubungannya dengan Rasulullah saw., karena beliau dibesarkan dalam hadirat spiritual Abdul Khaliq al-Ghujdawani q.s., yang telah mendahuluinya selama 200 tahun. Awal Mula dari Bimbingannya dan Bimbingan dari Awal Mulanya .

Syah Naqsyband q.s. berumur delapan belas tahun ketika beliau dikirim kakeknya ke kampung Samas untuk melayani syekh tarekat, Muhammad Baba as-Samasi q.s., yang telah memintanya. Dari awal persahabatannya dengan syekh tersebut, beliau melihat anugerah yang tak terhitung di dalam dirinya, dan kebutuhan yang amat sangat akan kesucian dan ibadah. Dari masa mudanya, beliau bercerita, Aku akan bangun lebih awal, tiga jam sebelum shalat Fajar, berwudhu, dan setelah melaksanakan shalat sunnah, aku akan bersujud, memohon pada Tuhan dengan doa berikut,

"Wahai Tuhanku, berilah hamba kekuatan untuk menjalankan kesulitan-kesulitan dan rasa sakit dari cinta-Mu."

Lalu aku akan shalat Fajar bersama dengan syekh.Ketika beliau keluar, suatu hari beliau melihat ke arahku dan berkata, seolah-olah beliau telah bersamaku ketika aku berdoa tadi

"Wahai anakku, kau harus mengubah cara berdoamu. Daripada berkata, 'Ya Allah swt! Anugerahkanlah ridha-Mu pada hamba yang lemah ini.'Tuhan tidak senang hamba-Nya berada dalam kesulitan. Walau Tuhan dalam kearifan-Nya mungkin memberikan kesulitan pada hamba-Nya untuk mengujinya, sang hamba tak boleh meminta untuk berada dalam kesulitan. Hal ini berarti tidak menghormati Tuhanmu."

Ketika Syekh Muhammad Baba as-Samasi q.s. wafat, kakekku membawaku ke Bukhara dan aku menikah di sana. Aku tinggal di Qasr al-ýArifan, yang merupakan pemeliharaan yang khusus dari Allah swt. bagiku, karena aku menjadi dekat dengan Sayyid Amir Kulal q.s. Aku tinggal dan melayaninya, dan beliau mengatakan padaku bahwa Syekh Muhammad Baba as-Samasi q.s. telah berkata jauh hari sebelumnya bahwa

"Aku tak akan senang denganmu bila engkau tidak memeliharanya dengan baik"

Aku menerima rahasia dari berbagai sisi, khususnya dari Uwais al-Qarani y, yang amat mempengaruhi aku untuk meninggalkan hal-hal duniawi dan untuk melekatkan diri hanya pada hal-hal ruhaniah. Aku menjalankannya dengatetap berpegang teguh pada syariýah dan perintah Rasulullah e, hingga Aku mulai menyebarkan Pengetahuan Ghaib dan rahasia-rahasia yang dianugerahkan dari Yang Maha Esa yang belum pernah diberikan oleh siapa pun sebelumnya.
Keajaiban dari Perkataan-Perkataannya serta Perkataan-perkataan tentang Keajaibannya.

Tentang Berjalan dalam Jalur ini

Apakah di balik cerita Rasulullah "Sebagian dari iman adalah memindahkan apa-apa yang membahayakan dari Jalan?" Yang Beliau maksud dengan "yang membahayakan" itu adalah ego, dan yang Beliau maksud dengan "Jalan" adalah "Jalan Menuju Allah I" sebagaimana Dia berfirman kepada Bayazid al-Bistami k, "Tinggalkan egomu dan datanglah pada Kami."
Suatu ketika beliau ditanya, "Apa yang dimaksud dengan Berjalan dalam Jalur?" Beliau berkata, "Detailnya dalam pengetahuan spiritual." Mereka bertanya, "Apakah detail dalam pengetahuan spiritual itu?" Beliau menjawab, "Orang yang mengetahui dan menerima apa yang dia ketahui akan diangkat dari keadaan bukti nyata kepada keadaan pengelihatan. "

Barang siapa yang meminta untuk berada di Jalan Allah I maka dia telah meminta jalan penderitaan. Diriwayatkan oleh Rasulullah "Barang siapa yang mencintaiku maka aku akan membebaninya." Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, "Wahai Nabi , Aku mencintaimu" dan Nabi berkata, "Maka bersiaplah untuk menjadi miskin." Lain waktu orang lain lagi datang kepada Rasulullah dan berkata, "Ya, Rasulullah, Aku mencintai Allah I" dan Rasulullah berkata, "Maka siapkanlah dirimu untuk penderitaan"

Beliau membaca sebuah ayat

Setiap orang mendambakan kebaikan,
Namun tak seorang pun telah meraih kenaikan, Melainkan dengan mencintai
Sang Pencipta kebaikan.

Beliau berkata

Barang siapa yang mencintai dirinya sendiri, harus menyangkal dirinya, dan barang siapa yang
menginginkan yang lain selain dirinya sendiri, sesungguhnya yang diinginkannya hanyalah dirinya sendiri

Ada tiga jalan di mana para murid meraih pengetahuannya:

1. Muraqaba-Perenungan (kontemplasi)
2. Musyahada-Pengelihatan
3. Muhasaba-Penghitungan

Dalam keadaan perenungan, si pencari melupakan mahkluk dan hanya mengingat Sang Khalik saja.

Dalam keadaan pengelihatan, ilham dari Yang Ghaib mendatangi hati si pencari dengan disertai dua keadaan: penciutan dan pengembangan.

Pada keadaan penciutan, pengelihatan adalah tentang Ke-MahaKuasa-an, dan pada keadaan pengembangan pengelihatan adalah tentang Ke-Maha-Indahan.

Pada keadaan penghitungan, si Pencari mengevaluasi setiap jam yang telah lewat: apakah dia berada seluruhnya bersama Allah I ataukah berada seluruhnya bersama dunia?


Si pencari dalam thariqat ini pastilah amat sibuk menolak bisikan Setan dan godaan egonya. Dia mungkin menolaknya bahkan sebelum mereka mencapainya; atau dia mungkin menolaknya setelah mereka mencapainya namun sebelum mereka memegang kendali atasnya. Pencari lain, mungkin saja tidak menolaknya hingga mereka mencapainya dan mengendalikannya. Dia tak akan mendapatkan buahnya, karena pada saat seperti itu adalah mustahil untuk mengeluarkan bisikan-bisikan itu dari hatinya.

Insyaalah akan bersambung....1
dipetik daripada : Naqsyabandy Al-Haqani Batam site